Monday, 21/09/2020


Singa Utara sedia amuk KL Plus

Published on July 5, 2010 by   ·   No Comments

SELEPAS berehat lebih sebulan, Perlis yang akan memulakan kempen Liga Super dengan melayan kunjungan KL Plus FC di gelanggang sendiri, Stadium Utama Negeri Kangar, esok mensasarkan mencatat kejayaan.

Kapten Perlis, Mohd Fauzie Nan, berkata kejayaan yang diraih pada perlawanan itu nanti cukup penting khususnya dalam menentukan arah perjuangan pasukannya dalam kempen Liga Super yang kini mula memasuki babak akhir saingan.

Katanya, keputusan yang memihak kepada pasukan sudah pasti membangkitkan semangat anak buahnya menghadapi baki saingan, sebaliknya kegagalan akan menjejaskan usaha memperbaiki kedudukan pasukan dalam carta liga.

“Saya percaya semua pihak, termasuk pasukan, pengurusan dan pengendali dan tidak ketinggalan peminat mahukan kejayaan pada perlawanan itu nanti kerana ia bakal memberikan impak kepada perjuangan pasukan selepas berehat panjang berikutan kempen Piala Dunia.

“Justeru, kita berharap dapat mencipta kejayaan sekali gus meraih mata penuh pada perlawanan itu nanti, berbekalkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, katanya.

Mohd Fauzi juga mengesahkan kehadiran semua tonggak utama termasuk tiga pemain skuad senior kebangsaan iaitu penjaga gawang Mohd Farizal Marlias, Amar Rohidan (tengah) dan penyerang, Ahmad Fakri Saraani akan menguatkan lagi pasukannya.

“Perlawanan menentang KL Plus FC itu adalah peluang terbaik bagi menilai sejauh mana keupayaan pasukan mengharungi baki kempen Liga Super,” katanya.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News