Tuesday, 25/02/2020


Perlis mahu cuci arang di Alor Setar

Published on January 12, 2010 by   ·   No Comments

SETELAH tumbang dalam perlawanan sulung di tempat sendiri, Sabtu lalu, Mohd Nidzam Adzha Yusof, jurulatih baru skuad Singa Utara tidak lagi mahu dimalukan pula oleh jiran tetangga, Kedah di Alor Setar, malam esok.

Jika tumpas sekali lagi, Nidzam Adzha merupakan individu yang paling terasa, kerana bekas jurulatih skuad yang sama, Irfan Bakti Abu Salim meninggalkan Perlis sebagai naib juara Liga Super 2009.

Jurulatih baru itu tidak mahu skuadnya menerima nasib serupa seperti ketika bertemu Johor FC di Stadium Utama Negeri di sini, Sabtu lalu dengan kekalahan 0-1.

Apa yang diimpikan oleh bekas pemain sayap kebangsaan itu ialah keputusan pertemuan kempen Liga Super malam ini, mengulangi sejarah Perlis mengalahkan Kedah pada perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2009.

Pada perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja di stadium yang sama 28 Disember lepas, Perlis merangkul piala tersebut buat kali ketiga selepas menundukkan Kedah 2-0 dalam aksi ‘panas’ membabitkan rusuhan penonton.

Nidzam Adzha yakin skuadnya boleh mencipta kemenangan, kerana beliau akan menurunkan kesemua empat pemainnya yang sebelum ini menjadi tonggak skuad bawah 23 tahun kebangsaan.

Empat pemain yang dimaksudkan itu ialah penjaga gol utama, Mohd Farizal Marlias, pemain pertahanan, Mazlizam Mohamad, pemain tengah, Amar Rohidan dan penyerang, Ahmad Fakri Saarani.

“Sekarang pemain baru kami sudah semakin serasi dengan keempat-empat tonggok utama Perlis itu. Ketika beraksi menentang Johor FC, Sabtu lalu, mereka belum ada persefahaman.

“Saya tidak berani untuk memberi jaminan bahawa Perlis boleh menundukkan Kedah, tetapi kami sudah mendapat rentak permainan sebagaimana yang dikehendaki,” ujarnya.

Sehingga kini, kesebelasan utama Perlis dibarisi oleh Mohd Farizal, Mohd Fausie Nan, Amar Rohidan, Ahmad Fajri, Mohd Badrul Azam, Solehin Abdullah (K Soley), Mazlizam, M Hazrul Mustafa, Amzar Junaidi, Azrul Ahmad dan Syazwan Zainol.

–Utusan Malaysia




coded by nessus

Tags: , , , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News