Wednesday, 26/09/2018


Perlis 2-4 Terengganu

Published on July 27, 2010 by   ·   No Comments

TERENGGANU kembali mengukuh kedudukan di tangga ketiga Liga Super selepas menewaskan Perlis 4-2 dalam aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini. [LIHAT VIDEO]

Terengganu beraksi dalam tekanan apabila dipotong tiga mata oleh FAM selepas kemenangan skuad Penyu ke atas Johor FC dibatalkan, sebaliknya pasukan lawan diberi kemenangan 3-0 yang menyaksikan hasrat mereka untuk mengejar Kelantan di tangga kedua semakin sukar.

Terengganu memperoleh sedikit tuah apabila perlawanan malam ini yang sepatutnya berlangsung di Stadium Utama Kangar dipindahkan ke Kuala Terengganu.

Turun sebagai pasukan pelawat di gelanggang sendiri, Terengganu membuka jaringan menerusi gol Wan Mohd Aliff Jasni pada minit ke-20 sebelum Perlis menjaring gol penyamaan pada masa kecederaan babak pertama menerusi Ahmad Aminuddin Shaharuddin.

Bagaimanapun Terengganu kembali menguasai saingan pada babak kedua dengan memperoleh tiga gol berturut-turut pada minit ke-53, 59 dan 79 masing-masing dua menerusi penjaring terbanyak mereka, Mohd Ashaari Shamsudin dan satu gol sumbangan Abdul Manaf Mamat.

Ketika saingan berbaki lima minit, Perlis menambah gol kedua sekali lagi menerusi jaringan Ahmad Aminuddin Shaharuddin, namun terlalu lewat untuk mengejar Terengganu.




coded by nessus

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Latest News