Sunday, 29/11/2020


Perak vs Selangor LIVE di Astro Arena

Published on July 5, 2010 by   ·   No Comments

SAINGAN Liga Super 2010 kembali bersambung selepas berehat selama sebulan untuk memberi laluan kepada peminat bola sepak tempatan mengalih tumpuan kepada kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan.

Pendahulu, Selangor yang kini selesa dengan lapan mata berbanding pencabar terdekatnya, Kelantan akan bertandang ke Stadium Negeri di Ipoh untuk menghadapi Perak manakala pasukan Kijang menanti kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu.

Pasukan tangga ketiga, Terengganu berdepan Johor FC di Kuala Terengganu manakala T-Team berkunjung ke Stadium Batu Kawan untuk membuat perhitungan dengan pasukan Pulau Mutiara.

Kedah pula menjadi tuan rumah kepada pasukan ibu kota, Kuala Lumpur sementara Pahang berdepan Johor di Stadium Tan Sri Hassan Yunos.

Satu lagi perlawanan membabitkan pertemuan antara pasukan Singa Utara, Perlis menentang KL Plus di Kangar.

Dalam pada itu, Astro Arena (saluran 801) akan menyiarkan secara langsung perlawanan Perak menentang Selangor jam 8.30 malam, 6 Julai 2010.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News