Wednesday, 14/11/2018


Perak 2-0 Pahang

Published on May 15, 2010 by   ·   No Comments

PERAK meraih kemenangan berharga 2-0 ke atas Pahang di Stadium Perak, malam tadi untuk memungut tiga mata namun ia masih tidak mencukupi bagi membolehkan mereka memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super.

Jaringan Wan Azuari Wan Jusoh pada minit ke-29 dan Razali Umar Kandasamy minit ke-71 memberikan tiga mata penuh buat tuan rumah dalam perlawanan berlangsung hambar.

Wan Azruari meledakkan sepakan percuma kencang dan Razali Umar menyudahkan lorongan cantik Md Khalis Ibrahim dari tengah dengan menolak melepasi jangkauan penjaga gol, Wan Mohd Azraie.

Begitu pun, kemenangan itu gagal mengubah kedudukan Perak di tangga ke-11, satu mata di belakang Kuala Lumpur.

Pendahulu, Selangor akan bertemu Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam dalam misi membalas dendam kekalahan pada separuh akhir Piala FA manakala Kelantan yang mengekori tiga mata akan melayan kunjungan Terengganu dalam derby Pantai Timur yang pasti sengit.




coded by nessus

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Latest News