Saturday, 25/11/2017


Pahang vs Selangor LIVE di Astro Arena

Published on May 25, 2010 by   ·   No Comments

PENDAHULU Liga Super, Selangor berkunjung ke Stadium Darul Makmur malam ini dengan harapan dapat terus menguatkan cengkaman mereka di persada liga yang ketika ini disaing sengit pasukan Kelantan.

Dengan kelebihan enam mata, sebarang keputusan malam ini tidak akan mengubah kedudukan Selangor di tangga teratas, namun jika tiga mata penuh mampu dibawa pulang ia akan terus menyulitkan usaha Kelantan bagi memintas atau sekurang-kurangnya menyaingi juara bertahan itu.

Ketika ini pasukan bimbingan K Devan itu dilihat begitu liat untuk ditumbangkan sekali pun turun beraksi tanpa tiga pemainnya yang digantung perlawanan.

Aksi kedua-dua pasukan boleh disaksikan secara langsung menerusi stesen televisyen berbayar, Astro Arena atau saluran 801 jam 8.30 malam ini.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News