Thursday, 26/04/2018


Pahang resah menanti Kedah

Published on April 24, 2010 by   ·   No Comments

KECEDERAAN dua tonggak Pahang terus menghantui skuad Tok Gajah apabila bertemu Kedah pada saingan Liga Super, malam ini.

Sehingga kelmarin, dua tonggak terbabit, Azamuddin Mohd. Akil dan Mohd. Fazli Baharuddin masih dibelenggu kecederaan dan belum pulih sepenuhnya.

Ketiadaan kedua-dua pemain tersebut juga dikenal pasti antara punca kekalahan Pahang dalam dua perlawanan sebelum ini iaitu tewas kepada Perlis 0-4 dan Johor 0-1.

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh bagaimanapun masih menaruh harapan agar sekurang-kurangnya salah seorang daripada mereka mampu beraksi untuk bertemu naib juara Piala FA di Stadium Darul Makmur, malam ini.

”Saya telah bertemu dengan Mohd Fazli semalam (kelmarin) dan didapati kecederaannya pulih sebanyak 70 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjanjian kontrak tajaan jersi antara syarikat pengeluar barangan sukan antarabangsa, Lotto dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) di sini, semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Pengarah Lotto, Udo Eimer memberitahu, pihaknya menaja RM100,000 dalam bentuk jersi kepada skuad Liga Super dan pasukan Piala Presiden Pahang. – Utusan Malaysia




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News