Saturday, 08/08/2020


Pahang 2-1 Kedah

Published on April 25, 2010 by   ·   No Comments

NAIB juara Piala FA awal bulan ini, Kedah terus mempamerkan aksi tidak konsisten apabila tewas 2-1 kepada Pahang di Stadium Darulmakmur di Kuantan walaupun membuka jaringan awal melalui Baddrol Bakhtiar pada minit ke-12.

Anak-anak buah jurulatih Ahmad Yusof gagal bertahan apabila Azamuddin Mohd Akil menyamakan kedudukan pada minit ke-49 dan Shahrizan Mohd Salleh meledak gol kemenangan pada minit ke-81.

Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, pasukan tuan rumah iaitu Johor FC memenangi pertarungan adik-beradik apabila menewaskan Johor 3-0 untuk menduduki tempat keempat liga dengan 25 mata, namun dibezakan jaringan dengan Kelantan.




coded by nessus

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Latest News