Saturday, 08/08/2020


Nanthakumar, Nazri kembali perkuat Seladang

Published on July 17, 2010 by   ·   No Comments

KEKUATAN Perak kembali ke asal apabila dapat menurunkan dua tonggak – K Nanthakumar dan Md Nazri Kamal – bagi pertemuan Liga Super menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Kepulangan kedua-dua pemain yang tidak dapat beraksi kerana penggantungan ketika Perak seri 1-1 dengan T-Team di Kuala Terengganu, Sabtu lalu, melegakan jurulatih Seladang, Raja Azlan Shah Raja Soib.
“Kehadiran semula dua pemain itu sudah tentu akan meningkatkan keupayaan pasukan serta semangat rakan lain. Ketika di Terengganu kami beraksi tanpa mereka tetapi anak buah saya berjaya mencatat keputusan memberangsangkan.
Click Here
“Saya berharap kami mampu mengulanginya dalam perlawanan ini bagi mengelak mengalami tekanan dalam baki tiga perlawanan,” katanya.

Baki tiga perlawanan Perak ialah bertemu Kuala Lumpur, Kedah dan Pulau Pinang yang semuanya akan berlangsung di tempat sendiri.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News