Negeri Sembilan risau Zaquan belum temui sentuhan

January 22nd 2010 | Posted by admin


REPUTASI ayam tambatan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak diharap dapat memberikan persembahan cemerlang bagi membantu skuad itu mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan apabila penyerang itu sehingga kini belum lagi menjaringkan sebarang gol selepas menamatkan empat perlawanan.

Situasi itu bukan saja meresahkan rakan sepasukan, malah peminat setia skuad Hoben Jang Hoben yang menantikan sentuhan berbisa pemain berbakat itu yang juga antara penyumbang terbesar jaringan gol Negeri Sembilan, musim lalu.

Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan mengakui beliau risau dengan reputasi Mohd Zaquan Adha yang belum menjaringkan gol sekali pun prestasi dan persembahan pemain itu tidak diragui.

Sehubungan itu beliau mencabar penyerang berpengalaman itu membuktikan kemampuan sebenar dalam perlawanan akan datang, terutama ketika turun menentang Pahang di Kuantan, Sabtu ini, bagi membantu pasukan mengutip mata penuh.

“Zaquan perlu membuktikan kemampuan sebenarnya tanpa mengira pasukan mana ditentang kerana kemahirannya amat ditagih, bukan saja rakan sepasukan, malah peminat yang sentiasa mengharapkan kejayaan pasukan.

“Saya yakin Zaquan menyedari sandaran yang diberikan pasukan dan saya akan terus memberinya peluang untuk dia melakukan sesuatu yang terbaik buat Negeri Sembilan,” katanya.

Setakat ini gol Negeri Sembilan dijaringkan Idris Karim pada Piala Sumbangsih diikuti Norizam Salaman ketika bertemu Johor FC yang masing-masing menyumbang satu manakala Mohd Firdaus Azizul menyumbang dua ketika menentang KL Plus di Paroi, malam kelmarin, yang juga kemenangan pertama Negeri Sembilan.

“Saya berharap kemenangan 2-1 ke atas KL Plus malam tadi (kelmarin) menjadi pembakar semangat buat pemain untuk terus berusaha mempamerkan persembahan lebih cemerlang.

“Pemain tidak boleh leka dan mengambil mudah cabaran lawan, sebaliknya mereka perlu meningkatkan lagi prestasi dan sentiasa bersikap positif serta disiplin untuk menjamin kejayaan,” katanya.

Related Posts

Norshahrul Idlan kekal status Pemain Paling Bernilai 2011

Norshahrul dianugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh NORSHAHRUL Idlan Talaha mengekalkan gelaran Pemain Paling Bernilai Supermokh dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011 yang diadakan di hotel Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam tengah hari tadi. Penyerang Kelantan yang menjaringkan 19 gol dalam kempen [...]

Khairul Fahmi calon pilihan

SEIRING dengan slogan 100- PLUS, Outdo Yourself, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat berjaya membuktikan bahawa dia sememangnya calon paling layak untuk merangkul anugerah Pemain Muda Terbaik 2010. Namun, keputusan pemenang bagi kategori itu serta beberapa kategori lain hanya akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan [...]

Norshahrul wira Red Warriors

KELANTAN sekali lagi berjaya mengulangi pencapaian terbaiknya dalam tempoh 40 tahun apabila layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut setelah menunjukkan jalan keluar buat Kedah hasil kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi. Tahun lalu, Kelantan [...]

Akmal Rizal wira Kelantan benam Selangor

AKMAL Rizal Rakhli membuktikan dirinya tetap berbisa apabila muncul wira dengan menjaringkan satu gol dan mencipta satu lagi untuk menjulang Kelantan muncul pasukan pertama mara ke separuh akhir Piala Malaysia dengan kemenangan 3-0 ke atas Selangor di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam tadi. Terikat tanpa jaringan di Stadium Shah Alam dalam suku [...]

Syed Adney sedia galas harapan

PENJAGA gol Kelantan, Syed Adney Syed Hussain bersedia meneruskan aksi cemerlangnya pada pertarungan menentang KL Plus dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam ini. Keyakinan tersebut diluah Syed Adney selepas dia mendapat semula sentuhan kemas dalam dua perlawanan terdahulu. Menurutnya, peluang yang [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.