NS amuk Pulau Pinang 4-0

April 24th 2010 | Posted by admin


NEGERI Sembilan bangkit daripada igauan kalah dua perlawanan berturut-turut dengan membelasah Pulau Pinang 4-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi di sini, semalam.

Empat jaringan skuad Rusa hadir menerusi Idris Karim pada minit ke-65, Mohd. Zaquan Adha meledak dua gol masing-masing pada minit ke-71 dan ke-83.

Shahrain Abu Samah menamatkan malam gemilang Negeri Sembilan menerusi jaringan terakhir pada minit ke-82.

Negeri Sembilan memulakan aksi berhati-hati, sehinggakan pergerakan anak buah Wan Jamak Wan Hasan sedikit terbatas dalam mengatur serangan ke kubu lawan.

Peluang terbaik skuad tuan rumah diperoleh seawal minit keenam menerusi Shahurain Abu Samah, namun bola berjaya ditampan keluar pemain pertahanan Pulau Pinang, Chun Keng Hong, walaupun penjaga, Amir Omar Khata sudah pun tewas.

Negeri Sembilan sekali lagi mendapat peluang terbaik pada minit ke-26 apabila Idris Karim menerima bola secara mendada tetapi dibiarkan Shahurain merembat liar.

Pada minit ke-34, tuan rumah mengatur gerakan cantik dan Mohd. Zaquan Adha melepaskan rembatan melalui kaki kiri sebaik menerima hantaran tengah S. Kunalan.

Namun, sepakan pada jarak 20 meter pemain itu hanya singgah ke dakapan Amir Omar.

Dalam aksi serba tidak kena buat skuad Negeri Sembilan dalam babak pertama ini, peluang masih lagi diperoleh melalui minit ke-42 menerusi pemain senior, Idris tetapi bola melepasi palang.

Pulau Pinang cuba memberi tentangan dengan peluang terbaik pasukan pelawat hadir apabila diberi sepakan bebas pada minit ke-46.

Sepakan bebas Pulau Pinang diraih selepas Zaquan menjatuhkan Mohd. Failee Ghazli berhampiran kotak penalti.

Bagaimanapun, ia berjaya dikeluarkan oleh pemain pertahanan Negeri Sembilan, Ching Hong Aik.

Separuh masa kedua menyaksikan skuad Rusa mengubah rentak dengan permainan lebih agresif.

Negeri Sembilan berjaya memecah kebuntuan apabila Idris Karim berjaya menjaringkan gol pertama selepas berlaku kekalutan di benteng pertahanan Pulau Pinang pada minit 65.

Skuad Rusa juga dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-66 selepas S. Kunalan dijatuhkan dalam kawasan kotak penalti.

Namun, sepakan penyudah Mohd. Zaquan Adha tersasar jauh di kanan gawang gol.

Kegagalan Mohd. Zaquan Adha berjaya ditebus pada minit ke-71 apabila dia membuat larian 35 meter sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan Amir Omar.

Bagaikan tidak puas, Shaurain menghukum kealpaan benteng pertahanan Pulau Pinang apabila menjaringkan gol pada minit ke-82 selepas menyudahkan hantaran dari Mohd. Zaquan Adha

Menambah derita pasukan pelawat, Negeri Sembilan terus menambah jaringan pada minit ke-83 selepas Mohd. Zaquan menolak cantik ke gawang gol lawan selepas menerima hantaran Mohd. Shaffik Abd. Rahman.

Negeri Sembilan, yang baru sahaja dinobat juara Piala FA, dikritik selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam Liga Super kepada Kelantan dan terbaru kepada Perak di Ipoh. – Utusan Malaysia

Related Posts

Kelantan Juara Liga Super 2011

NORSHAHRUL Idlan Talaha muncul wira Red Warriors selepas membantu Kelantan muncul Juara Liga Super 2011 buat kali pertama, sebentar tadi. Skuad bimbingan Datuk M. Karathu itu dinobat sebagai juara musim ini selepas menundukkan Sabah dengan keputusan 2-1 di Stadium Likas. [LIHAT VIDEO] Lebih manis kejuaraan semalam juga membolehkan [...]

Perlawanan Liga Super 2011 kekal pada Sabtu, Selasa

Majoriti pasukan pilih perlawanan waktu malam PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hari perlawanan Liga Super musim depan pada setiap Selasa dan Sabtu manakala bagi saingan Liga Perdana turut kekal pada setiap Isnin dan Jumaat. Waktu perlawanan turut kekal pada sebelah malam sebagaimana kebiasaan apabila majoriti [...]

Liga M, Piala Sumbangsih pada 15 Januari 2011

MUSIM baru Liga Malaysia 2011 akan bermula pada 15 Januari termasuk aksi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih pada tarikh sama antara Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan dan Juara Liga Super musim ini, Selangor di Stadium Shah Alam. Seperti musim ini, 14 pasukan akan berentap untuk merebut kejuaraan Liga Super manakala 12 [...]

Kelate.net, theredwarriors.com top laman web bola sepak di Malaysia

PENYOKONG bola sepak negeri Kelantan sekali lagi membuktikan mereka bukan sahaja mewarnai kemeriahan bola sepak tempatan dengan memenuhi gelanggang keramat mereka, Stadium Sultan Mohd Ke-IV tetapi turut menjadi nadi pengunjung paling ramai di internet. Buktinya, dua laman web pasukan dan penyokong The Red Warriors iaitu www.theredwarriors.com [...]

16 pasukan bersaing Liga Super 2011?

SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) 2011 yang akan bermula 1 Januari tahun depan menyaksikan untuk musim ketiga berturut-turut tanpa kelibat pemain import, bakal menyaksikan dua opsyen sama ada 14 atau 16 pasukan bertanding bagi Liga Super. Bagi opsyen menjadikannya 16 pasukan, maka ia merangkumi 12 pasukan teratas Liga Super musim ini, dua pasukan [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.