Negeri Sembilan 3-1 Johor

May 29th 2010 | Posted by admin


NEGERI Sembilan kembali menemui sentuhan kemenangan apabila membelasah Johor 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dengan Abdul Halim Zainal membuka jaringan seawal minit ketiga permainan untuk tuan rumah.

Penyerang kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak turut menemui sentuhan gol apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-65 dan 78 manakala gol saguhati pelawat dijaringkan melalui L Rajesh pada minit ke-77.

Keputusan perlawanan di Paroi sekali gus mengubah kedudukan Negeri Sembilan dalam carta liga apabila berjaya naik dua tangga untuk menduduki kedudukan keenam, sekali gus menyaksikan T-Team dan Perlis masing-masing turun satu tangga ke tempat ketujuh dan kelapan.

Keputusan Perlawanan:

Selangor 2 Perlis 0

N. Sembilan 3 Johor 1

K. Lumpur 1 Terengganu 1

KL Plus 1 Pahang 2

P. Pinang 1 Kelantan 3

T-Team 2 Kedah 2

Johor FC 1 Perak 0

Related Posts

Kelantan Juara Liga Super 2011

NORSHAHRUL Idlan Talaha muncul wira Red Warriors selepas membantu Kelantan muncul Juara Liga Super 2011 buat kali pertama, sebentar tadi. Skuad bimbingan Datuk M. Karathu itu dinobat sebagai juara musim ini selepas menundukkan Sabah dengan keputusan 2-1 di Stadium Likas. [LIHAT VIDEO] Lebih manis kejuaraan semalam juga membolehkan [...]

Perlawanan Liga Super 2011 kekal pada Sabtu, Selasa

Majoriti pasukan pilih perlawanan waktu malam PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hari perlawanan Liga Super musim depan pada setiap Selasa dan Sabtu manakala bagi saingan Liga Perdana turut kekal pada setiap Isnin dan Jumaat. Waktu perlawanan turut kekal pada sebelah malam sebagaimana kebiasaan apabila majoriti [...]

Liga M, Piala Sumbangsih pada 15 Januari 2011

MUSIM baru Liga Malaysia 2011 akan bermula pada 15 Januari termasuk aksi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih pada tarikh sama antara Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan dan Juara Liga Super musim ini, Selangor di Stadium Shah Alam. Seperti musim ini, 14 pasukan akan berentap untuk merebut kejuaraan Liga Super manakala 12 [...]

Kelate.net, theredwarriors.com top laman web bola sepak di Malaysia

PENYOKONG bola sepak negeri Kelantan sekali lagi membuktikan mereka bukan sahaja mewarnai kemeriahan bola sepak tempatan dengan memenuhi gelanggang keramat mereka, Stadium Sultan Mohd Ke-IV tetapi turut menjadi nadi pengunjung paling ramai di internet. Buktinya, dua laman web pasukan dan penyokong The Red Warriors iaitu www.theredwarriors.com [...]

16 pasukan bersaing Liga Super 2011?

SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) 2011 yang akan bermula 1 Januari tahun depan menyaksikan untuk musim ketiga berturut-turut tanpa kelibat pemain import, bakal menyaksikan dua opsyen sama ada 14 atau 16 pasukan bertanding bagi Liga Super. Bagi opsyen menjadikannya 16 pasukan, maka ia merangkumi 12 pasukan teratas Liga Super musim ini, dua pasukan [...]

2 Responses to “Negeri Sembilan 3-1 Johor”

[...] – 0 3 – 1 1 – 1 1 – 2 1 – 3 2 – 2 1 – [...]

[...] – 0 3 – 1 1 – 1 1 – 2 1 – 3 2 – 2 1 – [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.