Tuesday, 27/06/2017


N.Sembilan pilihan K Devan julang Piala Sumbangsih

Published on January 7, 2010 by   ·   No Comments

KESERASIAN barisan pemain Negeri Sembilan yang masih segar dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia, November lalu, memberi kelebihan buat skuad Hoben Jang Hoben itu dalam perlawanan sumbangsih menentang Selangor di Paroi, Sabtu ini.

Hakikat itu diakui jurulatih Selangor, K Devan yang menyifatkan lawan itu wajar hadir sebagai pilihan untuk menjulang Piala Sultan Ahmad Shah yang menjadi rebutan untuk perlawanan sumbangsih itu, apa lagi dengan rekod cemerlang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, musim lalu.

“Saya pasti kombinasi pemain yang akan mereka gunakan nanti sama seperti barisan yang menjuarai Piala Malaysia lalu.

“Barisan mereka cukup kental dengan kombinasi pemain baru dan senior seperti Shukor Adan, Idris Karim, Rezal Zambery Yahya serta pemain muda kebangsaan seperti Zaquan Adha dan Aidil Zafuan (Abdul Radzak) dan (S) Kunanlan.

“Ketika ini, mereka semakin matang dan mantap. Jadi kami perlu bersedia sebaik mungkin untuk menghadapi mereka, sekalipun kami juara bertahan,” katanya.

Dalam pada itu, skuad kendalian Devan mungkin ke Paroi tanpa dapat menurunkan Amri Yahyah dan P Gunalan akibat kecederaan.

“Ketika ini, saya masih belum dapat mengumpulkan seluruh pasukan untuk berlatih bersama kerana beberapa masalah. Namun kami tetap mahu cuba memburu piala piala pertama yang ditawarkan musim ini.

“Bermain di tempat lawan memang menambah tekanan tetapi ia bukanlah satu masalah. Contohnya ketika kami berkunjung ke Kedah tahun lalu untuk perlawanan sama, tiada siapa menjangka kami akan menang tetapi kami membuktikannya dengan kemenangan 4-1,” katanya.




coded by nessus

Tags: , , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News