Friday, 13/12/2019


N.Sembilan sekat impian Terengganu

Published on January 26, 2010 by   ·   No Comments

HARAPAN Terengganu untuk terus memberi saingan kepada pendahulu, Selangor tersekat apabila tewas 1-2 menerusi jaringan masa kecederaan kepada Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.

Terengganu berada di landasan tepat untuk terus bersaing dengan Selangor apabila mendahului tuan rumah seawal minit ke-11 menerusi Joseph Kalang Tie.

Sehingga di akhir perlawanan, Terengganu dilihat mampu membawa pulang tiga mata penuh, namun segalanya berubah apabila Negeri Sembilan menyamakan kedudukan menerusi jaringan Idris Karim pada minit ke-74 dan tuan rumah akhirnya meraih kemenangan penuh dramatik menerusi jaringan sendiri Joseph Kalang Tie pada minit-minit akhir perlawanan.

Keputusan itu bermakna rekod tanpa kalah Terengganu dalam lima perlawanan terdahulu lebur di tangan Negeri Sembilan.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News