Monday, 21/09/2020


Marzuki puas Singa Utara mampu ditumbangkan

Published on January 28, 2010 by   ·   No Comments

KEGEMBIRAAN jelas terpancar pada wajah jurulatih skuad T-Team, Che Ku Marzuki Mohd Nor apabila anak buahnya berhasil mengutip mata penuh berbekal kemenangan 1-0 ke atas Perlis di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, kelmarin.

Tetapi keadaan sebaliknya tergambar pada jurulatih Perlis, Mohd Nidzam Adzha kerana anak buahnya mempamerkan persembahan buruk berikutan keadaan padang yang tidak rata hingga menyukarkan mereka untuk mengikut rentak yang dilakar pasukan tuan rumah.

Che Ku Marzuki berkata, kemenangan itu disandarkan kepada kemantapan barisan serangannya diketuai Mohd Haris Safwan Mohd Kamal yang bertindak bijak menggunakan peluang terbaik menjaringkan gol kemenangan seawal tiupan wisel pada babak kedua bermula.

“Walaupun menang tipis tetapi sudah cukup bermakna bagi T-Team kerana mampu menewaskan sebuah pasukan hebat seperti Perlis,” katanya.

— Berita Harian




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News