Liga Malaysia 2010 buka tirai 9 Januari

January 7th 2010 | Posted by admin


LIGA Malaysia bagi musim 2010 akan bermula pada hari Sabtu, 9 Januari 2010 dengan perlawanan Piala Sumbangsih antara juara Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan dengan pemenang Piala FA, Selangor di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebagai pembuka tirai saingan.

Pada hari yang sama juga enam perlawanan lain bagi Liga Super turut bermula.

Manakala bagi saingan Liga Perdana pula, aksi pembukaan adalah pada hari Isnin, 11 Januari 2010.

Sementara itu, saingan Piala FA dijadualkan bermula 2 Februari 2010 dengan finalis 2009, Selangor dan Kelantan masing-masing mendapat bye di pusingan pertama. (Klik di sini untuk undian Piala FA 2010)

Final Piala FA dijadualkan pada 10 April 2010.

Related Posts

Perlawanan Liga Super 2011 kekal pada Sabtu, Selasa

Majoriti pasukan pilih perlawanan waktu malam PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hari perlawanan Liga Super musim depan pada setiap Selasa dan Sabtu manakala bagi saingan Liga Perdana turut kekal pada setiap Isnin dan Jumaat. Waktu perlawanan turut kekal pada sebelah malam sebagaimana kebiasaan apabila majoriti [...]

Liga M, Piala Sumbangsih pada 15 Januari 2011

MUSIM baru Liga Malaysia 2011 akan bermula pada 15 Januari termasuk aksi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih pada tarikh sama antara Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan dan Juara Liga Super musim ini, Selangor di Stadium Shah Alam. Seperti musim ini, 14 pasukan akan berentap untuk merebut kejuaraan Liga Super manakala 12 [...]

Melaka, Shahzan Muda tersingkir ke Liga FAM

DUA pasukan tercorot Liga Perdana, Melaka dan Shahzan Muda tersingkir dari saingan Liga Perdana musim depan dan bakal beraksi di Liga FAM selepas menamatkan saingan di tangga ke-11 dan 12. Dalam perlawanan terakhir musim 2010 malam ini, Melaka diaibkan Sarawak 1-6 di gelanggang sendiri, manakala Shahzan Muda dibelasah 1-4 oleh USM FC di Stadium [...]

Sabah kembali ke Liga Super

GOL tunggal Farid Idris pada minit kelima bukan saja memberikan kemenangan berharga buat Sabah untuk mengatasi Pos Malaysia 1-0, malah memastikan pasukan Borneo itu kembali beraksi ke Liga Super bagi musim depan. Kemenangan itu membolehkan Sabah memintas pasukan PKNS FC untuk menduduki tangga kedua Liga Perdana di belakang Felda United dengan [...]

Felda United Juara Liga Perdana 2010

FELDA United mengesahkan kejuaraan Liga Perdana 2010 lebih awal ketika saingan tersebut masih berbaki satu perlawanan selepas menewaskan Harimau Muda 1-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka, malam ini. Keputusan itu meletakkan Felda United memungut 49 mata, empat mata mengatasi pencabar terdekat, PKNS dan Sabah dan tidak mampu lagi digugat oleh [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.