Saturday, 15/12/2018


Kurang penonton: T-Team timbang turun harga tiket

Published on April 20, 2010 by   ·   1 Comment

TURUNKAN harga tiket?

Itu mungkin penyelesaian terakhir kepada usaha untuk meningkatkan jumlah kehadiran penonton pada perlawanan-perlawanan yang melibatkan pasukan T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pengurus pasukan, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, tindakan itu tidak mustahil untuk dilakukan, namun kajian serta pandangan daripada pelbagai pihak perlu diambil kira sebelum ia dilaksanakan.

Rahin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu turut mengakui, kehadiran penonton merosot ter- utama pada perlawanan yang melibatkan T-Team.

“Memang ketara kehadiran penonton begitu mengecewakan tetapi inilah hakikat yang perlu diterima oleh pemain.

“Kita takut suatu hari nanti tiada penonton yang mahu hadir ke stadium untuk menyaksikan pasukan T-Team beraksi.

“Jadi, cadangan untuk menurunkan harga tiket adalah sesuatu yang baik tetapi ia tidak akan dilaksanakan ketika ini. Kita belum ber- sedia kerana banyak perkara yang perlu diambil kira,” kata Rahin.

Untuk rekod, harga tiket bagi orang dewasa menyaksikan perlawanan Liga Super adalah RM10 sementara kanak-kanak berumur bawah 12 tahun dikenakan sebanyak RM5.

Begitupun, pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu lalu yang menyaksikan T-Team menewaskan Pulau Pinang, jumlah kehadiran yang dicatatkan cukup mengecewakan dengan anggaran kurang daripada 1,000 orang yang hadir.

Senario itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada T-team yang begitu menagih sokongan peminat tempatan ketika mereka sedang bersaing untuk berada dalam kelompok terbaik Liga Super.

“Pemain kena buktikan kemampuan mereka walaupun tanpa kehadiran penonton dan saya berharap rentak kemenangan ke atas Pulau Pinang, Sabtu lalu dapat diteruskan pada aksi menentang Johor FC malam ini.

“Dengan corak permainan yang berbeza, saya juga yakin T-Team mampu menewaskan Johor FC walaupun pasukan dari selatan itu berjaya mengejutkan Terengganu sebelum ini,” tambah Rahin.

Ketika ini, T-Team yang dibimbing Che Ku Marzuki sekadar menduduki tangga ke-10 daripada 14 pasukan yang bersaing dalam kempen Liga Super.




coded by nessus

Tags: ,

Readers Comments (1)

  1. hasim setopa says:

    sebab tu jange hagah nge peminat kelate… ni dok, sikit2 nak denda penyokong kelate… sikit2 nak dendo selalu, kalu takdok penyokong kelate kering kontang la poket fam tuh




Latest News