Saturday, 08/08/2020


KL Plus vs Kedah LIVE di Astro Arena

Published on July 17, 2010 by   ·   1 Comment

BEKAS juara treble, Kedah turun beraksi menentang pasukan kelab dari ibu kota, KL Plus selepas gagal mencatat sebarang kemenangan dalam lima perlawanan terakhir Liga Super.

Dalam aksi terakhir minggu lalu, Kedah tewas 1-2 kepada juara Piala FA, Negeri Sembilan dalam aksi yang berlangsung di Paroi.

Sebelum itu Kedah yang juga tewas di tangan Negeri Sembilan pada Final Piala FA, mencatat empat keputusan seri berturut-turut ketika berdepan Kelantan, T-Team, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Sebaliknya KL Plus yang berada tiga tangga di bawah skuad Hijau Kuning dalam carta liga, pada tahap terbaik selepas menang dalam dua aksi terakhir.

Aksi kedua-dua pasukan boleh disaksikan secara langsung menerusi Astro Arena (saluran 801) bermula jam 8.30 malam ini.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (1)

  1. […] antara KL Plus menentang Kedah di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Perlawanan itu disiarkan secara LIVE menerusi Astro Arena (saluran […]




Latest News