Sathia hormati Selangor

March 12th 2010 | Posted by admin


STATUS Selangor selaku pendahulu Liga Super ternyata mengundang resah buat Kelantan apabila kedua-dua pasukan itu bertembung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini.

Tanpa berselindung, jurulatih Kelantan, B Sathianathan mengakui kehebatan lawannya sambil menganggap anak-anak buahnya tampil sebagai underdog.

“Pertemuan ini bukanlah tugas mudah buat semua pemain, berdasarkan rekod lepas, ia tampak memihak kepada mereka Selangor.

“Memandangkan Selangor berada di kemuncak prestasi dengan merangkul tiga kejuaraan musim lalu dan mendahului carta liga, saya menuntut supaya mereka turun bermati-matian dan berhati-hati dengan taktik serta corak permainan pasukan lawan yang mampu memerangkap pasukan,” kata Sathianathan semalam.

Tambahnya, kemenangan pada perlawanan malam ini amat penting dalam usaha mereka merapatkan jurang mata dengan skuad Gergasi Merah itu.

Bagaimanapun, perancangan Sathianathan itu tampak sedikit terjejas apabila dia terpaksa melupakan khidmat beberapa pemain utama ekoran kecederaan.

Antara pemain yang mengalami kecederaan ialah Nor Shahrul Idlan Talaha, Syed Adney Syed Hussain, Halim Napi, S. Chanturu dan Mohd. Shakir Shaari.

Pada masa yang sama, Sathianathan berkata, Kelantan juga terpaksa melupakan khidmat Hairuddin Omar yang digantung dua perlawanan selepas menerima kad merah ketika bertemu T-Team, Sabtu lalu.

Ditanya mengenai peluang Kelantan malam ini, Sathianathan berkata: “Saya masih yakin dengan peluang yang dimiliki. Kemenangan ke atas T-Team akan dijadikan pembakar semangat kepada pemain saya untuk menumbangkan Selangor.”

Sathianathan turut berharap para peminat setia The Red War- riors membanjiri stadium bagi memberikan sokongan padu kepada anak-anak buahnya.

“Peranan penyokong di belakang pemain juga penting membangkitkan semangat pemain untuk beraksi dengan cemerlang,” ujarnya.

Related Posts

Kelantan Juara Liga Super 2011

NORSHAHRUL Idlan Talaha muncul wira Red Warriors selepas membantu Kelantan muncul Juara Liga Super 2011 buat kali pertama, sebentar tadi. Skuad bimbingan Datuk M. Karathu itu dinobat sebagai juara musim ini selepas menundukkan Sabah dengan keputusan 2-1 di Stadium Likas. [LIHAT VIDEO] Lebih manis kejuaraan semalam juga membolehkan [...]

Perlawanan Liga Super 2011 kekal pada Sabtu, Selasa

Majoriti pasukan pilih perlawanan waktu malam PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hari perlawanan Liga Super musim depan pada setiap Selasa dan Sabtu manakala bagi saingan Liga Perdana turut kekal pada setiap Isnin dan Jumaat. Waktu perlawanan turut kekal pada sebelah malam sebagaimana kebiasaan apabila majoriti [...]

Liga M, Piala Sumbangsih pada 15 Januari 2011

MUSIM baru Liga Malaysia 2011 akan bermula pada 15 Januari termasuk aksi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih pada tarikh sama antara Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan dan Juara Liga Super musim ini, Selangor di Stadium Shah Alam. Seperti musim ini, 14 pasukan akan berentap untuk merebut kejuaraan Liga Super manakala 12 [...]

Kelate.net, theredwarriors.com top laman web bola sepak di Malaysia

PENYOKONG bola sepak negeri Kelantan sekali lagi membuktikan mereka bukan sahaja mewarnai kemeriahan bola sepak tempatan dengan memenuhi gelanggang keramat mereka, Stadium Sultan Mohd Ke-IV tetapi turut menjadi nadi pengunjung paling ramai di internet. Buktinya, dua laman web pasukan dan penyokong The Red Warriors iaitu www.theredwarriors.com [...]

16 pasukan bersaing Liga Super 2011?

SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) 2011 yang akan bermula 1 Januari tahun depan menyaksikan untuk musim ketiga berturut-turut tanpa kelibat pemain import, bakal menyaksikan dua opsyen sama ada 14 atau 16 pasukan bertanding bagi Liga Super. Bagi opsyen menjadikannya 16 pasukan, maka ia merangkumi 12 pasukan teratas Liga Super musim ini, dua pasukan [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.