Wednesday, 21/08/2019


Kelantan, Kedah cemerlang, Selangor seri

Published on January 30, 2010 by   ·   No Comments

JARINGAN hatrik Norshahrul Idlan Talaha membantu Kelantan bangkit selepas ketinggalan satu gol untuk mencatat kemenangan 3-1 ke atas Pulau Pinang di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam ini.

Di Stadium Darulaman pula, Dua jaringan Azlan Ismail membantu Kedah mencatat kemenangan pertama di gelanggang sendiri selepas menundukkan T-Team 3-1, sekali gus mengekalkan kedudukan di tangga ketiga liga.

Terengganu turut beraksi cemerlang dengan menumbangkan Kuala Lumpur 2-0 menerusi jaringan Zairol Anuar Zailani dan Ashaari Shamsuddin di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Di Stadium Utama, Kangar, jaringan penyamaan Safiq Rahim empat minit sebelum babak pertama berakhir menyelamatkan pendahulu liga, Selangor daripada pulang dengan tangan kosong selepas Ahmad Fakhry Saarani menjaringkan gol pembukaan Perlis pada minit ke-12.

Perak gagal mengulangi persembahan ketika mengikat Kelantan Selasa lalu apabila tumpas 0-3 kepada Johor FC di Stadium Ipoh.

Gol-gol Johor FC dijaringkan oleh Khairul Ismail minit ke-42, Zulhisham Jamaludin (m-66) dan Eddy Helmi Manan pada masa kecederaan.

Di Stadium Darul Makmur, Pahang turut tidak menghampakan penyokong sendiri apabila berjaya memperoleh kemenangan pada minit-minit akhir perlawanan, menewaskan KL Plus 2-1.

Lagi laporan:

Kelantan 3-1 Pulau Pinang

Kedah 3-1 T-Team

Perlis 1-1 Selangor

Terengganu 2-0 Kuala Lumpur

Tags: ,

Readers Comments (0)




Latest News