Thursday, 17/08/2017


Kelantan bangkit pulih maruah, belasah Johor FC 4-1

Published on January 23, 2010 by   ·   No Comments

KELANTAN kembali memulihkan maruah tercemar gara-gara aksi ‘memalukan’ yang menyebabkan tewas kepada Kedah di gelanggang sendiri, Selasa lepas apabila membelasah Johor FC 4-1 di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, dalam aksi Liga Super malam ini.

Begitu pun kemenangan berkenaan tidak diperoleh dengan mudah apabila pasukan pelawat turut menggunakan pendekatan menyerang ke kubu tuan rumah yang menghiburkan penonton di stadium.

Sorakan penyokong tuan rumah semakin kuat bergema apabila Nor Shahrul Idlan Talha menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada minit ke-18. Namun kegembiraan itu hanya bertahan tiga minit apabila Mohd Riduwan M’aon berjaya menyamakan kedudukan buat pelawat minit ke-21.

Walau pun beberapa peluang diperoleh kedua-dua pasukan selepas itu namun kedudukan 1-1 kekal sehingga berakhir babak pertama.

Namun sebaik babak kedua bermula, corak permainan Kelantan terus agresif dan belum sampai seminit perlawanan bermula Kelantan berjaya mendahului Johor FC 2-1 menerusi jaringan Azizi Mat Rose.

Selepas itu Kelantan terus bernafsu merobek gawang pelawat. Lima selepas jaringan Azizi, kubu pelawat terus dirobek jentera serangan ‘Wira Merah’.

Kali ini ketua pasukan tuan rumah, Indra Putra Mahayuddin menambah derita Johor FC menerusi jaringan pada minit ke-50 sebelum Norfarhan Mohammad melengkapkan kemenangan bergaya Kelantan minit ke-72.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News