Sunday, 22/07/2018


Kelantan 3-0 Terengganu

Published on May 15, 2010 by   ·   No Comments

KELANTAN terus memberi tekanan kepada Selangor apabila berjaya menjinakkan jirannya, Terengganu 3-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mohd Ke-IV malam ini. (LIHAT VIDEO)

Kesilapan ketua pasukan Terengganu, Marzuki Yusof membolehkan tuan rumah mendahului 1-0 pada minit ke-28 (LIHAT VIDEO) sebelum Indra Putra Mahayuddin menggandakan jaringan buat Kelantan dua minit kemudian (LIHAT VIDEO).

Pada minit ke-35 Kelantan dihadiahkan tendangan penalti dan Norshahrul Idlan Talaha yang mengambil sepakan tidak mensia-siakan peluang untuk gol ketiga tuan rumah (LIHAT VIDEO).

Keputusan perlawanan berkenaan bagaimana pun tidak mengubah kedudukan Kelantan yang kekal di tangga kedua selepas Selangor turut mencatat kemenangan ke atas Negeri Sembilan bagi membolehkan pasukan Merah Kuning itu terus gah menerajui carta Liga Super.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News