Wednesday, 28/06/2017


Kelantan pintas Terengganu

Published on May 4, 2010 by   ·   2 Comments

KELANTAN memintas Terengganu untuk menduduki tangga kedua Liga Super selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Pahang dalam aksi di Stadium Sultan Mohd Ke-IV Kota Bharu malam ini.

Selepas mengharungi 13 perlawanan, Kelantan memungut 28 mata, ketinggalan empat mata di belakang Selangor yang masih gah di tangga teratas liga selepas membelasah Johor FC 3-1 di Pasir Gudang.

Namun kekalahan Terengganu yang dimalukan Kedah 4-0 di Alor Setar membuka ruang buat Kelantan untuk mendaki ke tangga kedua dengan kelebihan dua mata mengatasi skuad Penyu itu.

Pasukan Red Warriors membuka tirai jaringan menerusi penyerang berbisanya, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-43, namun pasukan pelawat berjaya mengimbangi kedudukan hasil jaringan Nik Zul Aziz Nawawi, lapan minit selepas rehat babak pertama.

Begitu pun jaringan Hairuddin Omar minit ke-73 memastikan Kelantan mengekalkan rekod kemenangan empat perlawanan berturut-turut sejak pertengahan bulan lalu.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (2)

  1. saya berpuas hati dengan pemaian kelantan.pemain kelantan hendaklah bermain dengan bersungguh-sungguh

  2. azman says:

    timo kasih puak klate …. main molek kawe nok demo bene thn ni….hahahaa




Latest News