Sunday, 22/07/2018


Kekalahan Selangor buka ruang buat Kelantan

Published on July 6, 2010 by   ·   No Comments

KEKALAHAN mengejut Selangor kepada Perak di Ipoh dalam aksi Liga Super malam ini bukan saja mengurangkan jurang mata antara pencabar terdekatnya, Kelantan bahkan ia seakan-akan memberi petanda pertemuan dua pasukan tangga teratas itu di Shah Alam Sabtu ini pasti sengit.

Sudah pasti pihak yang bergembira dengan kekalahan Selangor malam ini ialah penyokong dan peminat fanatik Kelantan, apatah lagi apabila skuad Kijang berjaya mencatat kemenangan penting dalam aksi di Kota Bharu.

Selangor tumbang gara-gara gol tunggal Mohd Nazri Kamal pada minit ke-53 – [LIHAT VIDEO] – manakala Kelantan pula amat berterima kasih kepada jaringan Akmal Rizal Ahmad Rakhli minit ke-75 – [LIHAT VIDEO] – yang membolehkan pasukan Kijang membolot tiga mata penuh.

Selepas selesai 21 perlawanan, Selangor sebenarnya masih selesa mendahului carta liga dengan mengumpul 53 mata, lima mata mengatasi Kelantan.

Namun Selangor perlu lebih berwaspada, kerana jurang itu mungkin akan semakin mengecil jika satu lagi kejutan berlaku di Shah Alam Sabtu ini.

Keputusan Liga Super 6 Julai 2010

  • Perak 1-0 Selangor
  • Kelantan 1-0 Negeri Sembilan
  • Kedah 0-0 Kuala Lumpur
  • Terengganu 4-0 Johor FC
  • Pulau Pinang 1-6 T-Team
  • Johor 2-0 Pahang
  • Perlis 0-1 KL Plus



coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News