Monday, 22/12/2014


Kedah vs Terengganu LIVE di Astro Arena

Published on May 4, 2010 by   ·   No Comments

SALURAN sukan tempatan milik Astro, Astro Arena dijadual menyiarkan secara langsung perlawanan Liga Super membabitkan pertemuan Kedah menentang Terengganu di Stadium Darul Aman malam ini.

Kepada peminat bola sepak khasnya penyokong pasukan Kenari dan skuad Penyu bolehlah mengikuti secara langsung perlawanan berkenaan di Astro Arena atau saluran 801 menerusi siaran televisyen berbayar itu.

Pertemuan malam ini sangat penting buat kedua-dua pasukan khasnya Terengganu yang berhasrat untuk mengejar Selangor selaku pendahulu Liga Super ketika ini.

Terengganu berada di tangga kedua dengan 26 mata, kurang tiga mata berbanding Selangor yang mengumpul 29 mata selepas 12 perlawanan.

Manakala Kedah pula masih belum konsisten di gelanggang sendiri musim ini dan hanya menang sekali daripada enam perlawanan di Stadium Darul Aman iaitu ketika menundukkan T-Team 3-1, 30 Januari lalu.

Sejak itu Kedah gagal mempamer aksi diharapkan di hadapan peminat setia mereka.




coded by nessus

Tags: , , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News