Kedah terus gagal catat kemenangan

July 18th 2010 | Posted by admin


KEDAH terus gagal mencatat kemenangan dalam enam perlawanan Liga Super berturut-turut apabila sekadar seri 1-1 dengan KL Plus dalam aksi di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam tadi.

Sekalipun menguasai perlawanan dan memiliki beberapa untuk mengakhiri kemarau tanpa kemenangan, namun ketumpulan penyudah menghampakan skuad Hijau Kuning untuk membawa pulang tiga mata penuh.

Dalam perlawanan berkenaan, KL Plus berjaya mendahului pasukan pelawat melalui jaringan Rosli Shamsudin pada minit ketujuh, sebelum pemain muda, Faizal Abu Bakar menyamakan kedudukan pada minit ke-23.

Namun selepas itu kedua-dua pasukan buntu untuk mencari gol kemenangan dan terpaksa berpuashati untuk berkongsi satu mata.

Kedah masih kekal di tangga keenam Liga Super dengan 32 mata, sama jumlah mata dengan Negeri Sembilan yang turut mencatat keputusan seri dengan Perak di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Kali terakhir Kedah mencatat kemenangan dalam saingan Liga Super ialah ketika menewaskan Johor FC 2-1 di Pasir Gudang, 21 Mei lalu.

Related Posts

Kelantan Juara Liga Super 2011

NORSHAHRUL Idlan Talaha muncul wira Red Warriors selepas membantu Kelantan muncul Juara Liga Super 2011 buat kali pertama, sebentar tadi. Skuad bimbingan Datuk M. Karathu itu dinobat sebagai juara musim ini selepas menundukkan Sabah dengan keputusan 2-1 di Stadium Likas. [LIHAT VIDEO] Lebih manis kejuaraan semalam juga membolehkan [...]

Perlawanan Liga Super 2011 kekal pada Sabtu, Selasa

Majoriti pasukan pilih perlawanan waktu malam PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hari perlawanan Liga Super musim depan pada setiap Selasa dan Sabtu manakala bagi saingan Liga Perdana turut kekal pada setiap Isnin dan Jumaat. Waktu perlawanan turut kekal pada sebelah malam sebagaimana kebiasaan apabila majoriti [...]

Liga M, Piala Sumbangsih pada 15 Januari 2011

MUSIM baru Liga Malaysia 2011 akan bermula pada 15 Januari termasuk aksi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih pada tarikh sama antara Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan dan Juara Liga Super musim ini, Selangor di Stadium Shah Alam. Seperti musim ini, 14 pasukan akan berentap untuk merebut kejuaraan Liga Super manakala 12 [...]

Kelate.net, theredwarriors.com top laman web bola sepak di Malaysia

PENYOKONG bola sepak negeri Kelantan sekali lagi membuktikan mereka bukan sahaja mewarnai kemeriahan bola sepak tempatan dengan memenuhi gelanggang keramat mereka, Stadium Sultan Mohd Ke-IV tetapi turut menjadi nadi pengunjung paling ramai di internet. Buktinya, dua laman web pasukan dan penyokong The Red Warriors iaitu www.theredwarriors.com [...]

16 pasukan bersaing Liga Super 2011?

SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) 2011 yang akan bermula 1 Januari tahun depan menyaksikan untuk musim ketiga berturut-turut tanpa kelibat pemain import, bakal menyaksikan dua opsyen sama ada 14 atau 16 pasukan bertanding bagi Liga Super. Bagi opsyen menjadikannya 16 pasukan, maka ia merangkumi 12 pasukan teratas Liga Super musim ini, dua pasukan [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.