Friday, 23/08/2019


Dua finalis Piala FA tumbang

Published on April 21, 2010 by   ·   1 Comment

DUA finalis Piala FA, Negeri Sembilan dan Kedah masing-masing tewas dalam aksi Liga Super di Alor Setar dan Ipoh malam tadi.

Di STADIUM IPOH, Perak menambah duka buat Negeri Sembilan apabila menewaskan juara Piala FA itu 2-1, hanya tiga hari selepas skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu dijinakkan barisan Red Warriors 3-1 di Paroi.

Turun beraksi di depan penyokong setianya, Perak nyata bermula garang apabila di depan seawal minit ke-10 hasil sepakan percuma Shafuan Adli Shaari.

Negeri Sembilan yang terdesak untuk mencipta kemenangan pertama selepas final Piala FA tempoh hari bangkit pada awal babak kedua menerusi jaringan penyamaan Shahurain Abu Samah minit ke-52.

Namun dengan sokongan peminat setianya Perak berjaya mengekang jentera serangan Negeri Sembilan daripada menambah jaringan selepas itu, malah pasukan tuan rumah memperoleh gol kemenangan sekali lagi menerusi Shafuan Adli pada minit ke-72 untuk memastikan tiga mata penuh buat skuad Seladang itu.

Di ALOR SETAR pula, Stadium Darulaman terus menjadi badi buat skuad Kenari apabila naib juara Piala FA itu kecundang 2-3 kepada KL Plus.

Ini merupakan kekalahan kali keempat daripada enam aksi Kedah dalam saingan Liga Super di halaman sendiri.

Pelawat menjaringkan dua gol melalui Mohd Badril Hisani pada minit ke-24 dan ke-76 manakala Mohd Fadzli Saari menyumbang satu gol pada minit ke-31 sementara tuan rumah menjaringkan dua gol melalui Baddrol Bakhtiar pada minit ke-43 dan ke-79.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (1)

  1. ID says:

    Aduhhh..malaysia2…ni pasai main nk dwit ke utk penyokong nih…




Latest News