Wednesday, 28/06/2017


Kedah, KL Plus menang selesa aksi sulung

Published on January 10, 2010 by   ·   No Comments

BEKAS juara liga tiga kali, Kedah melancarkan amaran awal pada musim baru Liga Super selepas menumpaskan Johor 3-0 di Stadium Larkin, malam tadi.

Mohd Azlan Ismail muncul wira Kedah apabila menjaringkan hatrik pada minit ke-71, 80 dan 86 untuk meletakkan pasukannya sebagai pendahulu dalam perlawanan pembukaan musim 2010.

Dalam dua lagi perlawanan Liga Super, pertemuan Kelantan dan Terengganu sekadar berkesudahan seri tanpa jaringan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, manakala Kuala Lumpur terikat 1-1 dengan T-Team di Stadium KLFA, Cheras.

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, KL Plus turut memulakan kempen musim baru cemerlang selepas menundukkan Pulau Pinang 3-1.

Begitupun, pasukan pelawat mengejutkan tuan rumah dengan jaringan awal Mohd Failee Mohammad pada minit kedua, sebelum KL Plus bangkit dengan tiga gol menerusi Mohd Fadli Shaari (47), Mohd Lot Abu Hassan (56) dan Mohd Nazrin Nawi.

Di Stadium Darulmakmur, Pahang yang mengharungi aksi hambar musim lalu memulakan kempen dengan baik apabila menumpaskan Perak 2-1.

Bagaimanapun tuan rumah terlebih dulu dikejutkan oleh jaringan pembukaan pasukan pelawat menerusi Mohd Nazril Mohd Kamal yang menyempurnakan penalti pada minit ke-22 selepas Mohd Fadzirul Zakaria dijatuhkan oleh Mohd Khalis Ibrahim.

Mohd Sharizat Mohd Salleh mengetuai kebangkitan Pahang apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-31 menerusi sepakan percuma, sebelum Azammuddin Mohd Akil mengesahkan kemenangan tuan rumah hasil rembatan kencang, minit ke-49.




coded by nessus

Tags: , , , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News