Saturday, 15/12/2018


Kedah lebur rekod bersih Kelantan

Published on January 19, 2010 by   ·   No Comments

REKOD gah Kelantan di gelanggang sendiri akhirnya lebur ketika saingan Liga Super musim ini baru berlangsung empat perlawanan.

Selain gagal mempertahankan rekod tanpa kalahnya, buat pertama kali juga gawang Kelantan dibolosi dalam saingan Liga Super apabila tewas 0-1 kepada pasukan Utara, Kedah di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Lebih mengecewakan buat tuan rumah apabila kekalahan itu berpunca daripada kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan penjaga gol nombor satu skuad Kijang, Syed Adney Syed Hussein yang menyepak bola mengenai kaki Azlan Ismail di dalam petak penalti pada minit ke-41.

Sekali pun menguasai perlawanan, penyudah tumpul sekali lagi menjadi isu buat jentera serangan yang dibarisi beberapa pemain bertaraf ‘bintang’ dan masih gagal menunjukkan prestasi yang diharapkan peminat skuad Che Siti Wan Kembang itu.

Kekalahan malam ini menyaksikan pasukan The Red Warriors jatuh ke tangga ketujuh kedudukan liga daripada posisi kelima sebelum ini.

Tempat Kelantan diambil alih Kedah yang kini mengumpul enam mata, satu mata mengatasi Kelantan.

Sabtu ini, Kelantan akan sekali lagi beraksi di tempat sendiri menerima kunjungan pasukan tangga ketiga liga, Johor FC manakala Kedah menentang Perak di Stadium Darul Aman.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News