Wednesday, 17/10/2018


Hatrik Azlan hampakan Terengganu

Published on May 4, 2010 by   ·   No Comments

SELEPAS gagal menyerlah dalam aksi di gelanggang sendiri, Kedah mula menunjukkan taringnya apabila mudah membenam Terengganu 4-0 hasil jaringan hatrik penggempur berbisanya, Mohd Azlan Ismail di Stadium Darul Aman malam ini.

Bahkan keputusan perlawanan berkenaan sudah tentu memberi kelebihan buat pendahulu Liga Super, Selangor yang kini makin selesa di tangga teratas selepas turut mencatat kemenangan, menjinakkan Johor FC 3-1 di Stadium JCorp, Pasir Gudang.

Azlan yang kini mengumpul 10 gol, meledak ketiga-tiga jaringan pasukan Kenari pada babak kedua perlawanan minit ke-48, 69 dan 79.

Sebelum itu Baddrol Bakhtiar membuka tirai jaringan pasukan Kenari pada penghujung babak pertama.

Kedah kini berada di tangga ketujuh liga dengan mengumpul 19 mata dan akan berhadapan sekali lagi dengan pasukan bimbingan Irfan Bakti Sabtu nanti, kali ini beraksi di Kuala Terengganu.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News