Wednesday, 21/08/2019


Singa Utara gigit Kenari

Published on January 14, 2010 by   ·   No Comments

SELEPAS dipalit dengan kekalahan mengejut 1-0 ke atas Johor FC di gelanggang sendiri pada aksi pembukaan Liga Super, Sabtu lalu, Perlis akhirnya menamatkan kekecewaan itu dengan menundukkan Kedah, 1-0 di Stadium Darulaman, malam tadi.

Beraksi di tempat lawan dengan sokongan 20,000 penyokong Hijau Kuning sedikitpun tidak mencemaskan skuad bimbingan Mohd Nidzam Adzha Yusoff.

Malah mereka sepatutnya dipuji kerana terpaksa beraksi dengan 10 pemain bagi sebahagian besar perlawanan selepas Badrul Azam Zamri dibuang padang kerana menerima dua kad kuning akibat membantah keputusan pengadil, Wan Mohd Tarmizi Wan Ibrahim pada minit ke-23.

Sebelum itu, gol Azrul Ahmad pada m-18 menggamamkan para penyokong tuan rumah sekali gus meletakkan Singa Utara 1-0 di depan.

Azrul, bekas pemain Kedah musim lalu yang disingkirkan dari skuad Hijau Kuning berjaya menanduk masuk sepakan percuma Amar Rohidan dari sebelah kanan.

Skuad Singa Utara kebal mempertahankan kedudukan itu sehinggalah wisel penamat, sekali gus membolehkan mereka pulang ke Kangar ceria dengan tiga mata penuh.




coded by nessus

Tags: , , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News