Monday, 26/08/2019


Kenari terus menggelupur di gelanggang sendiri

Published on January 17, 2010 by   ·   No Comments

RENTAK Kedah di gelanggang sendiri terus sumbang apabila tewas di tangan Johor FC 0-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Ia adalah kekalahan kedua-dua berturut-turut buat bekas juara treble Liga Malaysia musim 2007 dan 2008 itu selepas tunduk dengan keputusan sama kepada jiran utara, Perlis Rabu lalu.

Mohammad Khairul muncul wira Johor FC apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada masa kecederaan untuk membantu pasukannya menang tipis 1-0 ke atas Sang Kenari.

Kemenangan kedua buat Johor FC membolehkan pasukan pelawat itu mengekori rapat di tangga ketiga carta Liga Super di belakang Selangor dan Terengganu yang turut mencatat kemenangan dalam aksi malam tadi.

Selangor menang 1-0 ke atas KL Plus manakala Terengganu membelasah Pulau Pinang 4-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Selangor terus unggul di tangga teratas liga dengan mengumpul sembilan mata selepas menang ketiga-tiga perlawanan manakala Terengganu di tangga kedua mengumpul tujuh mata (dua kemenangan dan sekali seri).

Selasa ini, tugas berat sekali lagi terpaksa dipikul pasukan Kedah apabila bertandang ke Kota Bharu berdepan Kelantan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV yang turut tercalar reputasinya selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan Perlis di Kangar malam tadi.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News