Wednesday, 21/08/2019


Johor FC tumbang, Kelantan menang selesa

Published on April 20, 2010 by   ·   1 Comment

TERENGGANU dan Kelantan memanfaatkan sepenuhnya kekalahan mengejut pasukan tangga kedua, Johor FC untuk memperbaiki kedudukan dalam carta liga apabila mencatat kemenangan selesa ke atas lawan masing-masing dalam aksi Liga Super malam ini.

Di KOTA BHARU, Kelantan mudah mengatasi pasukan pelawat dari ibu kota, Kuala Lumpur menerusi kemenangan 3-0 hasil dua jaringan menerusi Norshahrul Idlan Talaha dan satu lagi sumbangan Mohd Badhri Radzi.

Manakala di JOHOR BAHRU, Terengganu turut menang bergaya dalam perlawanan yang menyaksikan sembilan gol dihasilkan oleh kedua-dua pasukan dengan keputusan perlawanan memihak pasukan dari Pantai Timur 6-3.

Sebaliknya di KUALA TERENGGANU, Johor FC mengalami kekalahan mengejut apabila tumpas tipis 0-1 di tangan pasukan T-Team.

Kekalahan itu memudarkan harapan pasukan kelab itu untuk mencabar kedudukan Selangor di tangga teratas Liga Super sebaliknya Johor FC jatuh ke tangga keempat.

Terengganu mengambil alih kedudukan tangga kedua dengan mengumpul 23 mata disusuli pasukan Kelantan (22 mata).

Perlawanan lain menyaksikan finalis Piala FA, Kedah terus merana di kandang sendiri apabila tewas 2-3 kepada pasukan bawah liga, KL Plus di ALOR SETAR manakala Perak yang dibelasah Selangor Jumaat lalu bangkit menundukkan juara Piala FA, Negeri Sembilan 2-1 di IPOH.

Di KANGAR pula, Perlis meneruskan momentum kemenangan di bawah kendalian jurulatih barunya, Yunus Alif dengan membaham Pahang 4-0.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (1)

  1. gorgorx says:

    gomo kelate gomo….




Latest News