Saturday, 08/08/2020


Johor FC nyaris aibkan juara Piala Malaysia

Published on January 14, 2010 by   ·   No Comments

JUARA Piala Malaysia musim lalu, Negeri Sembilan nyaris berputih mata sekali lagi dan hanya terselamat daripada kekalahan kedua berturut-turut hasil jaringan penyamaan Norizam Salaman untuk mengikat Johor FC 1-1 dan mencuri satu mata dari Stadium JCorp, Pasir Gudang.

Wan Rohaimi Wan Ismail meletakkan tuan rumah menghampiri tiga mata dan peluang menyaingi Selangor di teraju liga dengan gol minit ke-75 setelah menanduk sepakan sudut dari sebelah kiri oleh Khairul Ismail.

Namun, jurulatih pelawat, Wan Jamak Wan Hassan khususnya tetap menarik nafas lega apabila Norizam, bekas pemain Johor yang berhijrah ke Negeri Sembilan musim ini, menyumbat rembatan rendah pada minit ke-83.

Sementara itu, Kedah mensia-siakan peluang untuk merampas semula teraju carta persaingan bola sepak Liga Super musim 2010 apabila tersungkur kepada Perlis 0-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Malah, anak buah Ahmad Yusof itu masih tumpas akibat gol tunggal Azrul Ahmad menerusi tandukan dalam kotak penalti pada minit ke-18 biarpun pelawat terpaksa bermain dengan 10 orang selama 70 minit.

Ia gara-gara Singa Utara kehilangan Badrul Azam Zamri yang menerima dua kad kuning setelah mengasari sayap kanan Sang Kenari, Baddrol Bakhtiar dan menendang bola keluar sesuka hati.

Di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan yang diterajui B Sathianathan kembali mengorak langkah meyakinkan dengan membenam Johor 3-0 sekali gus melonjak ke tangga kedua Liga Super.

Akmal Rizal Ahmad Rakhli membuka pesta kejayaan Wira Merah dengan rembatan masuk seawal minit kedua, diikuti voli Badhri Radzi dari luar kotak penalti (m-49) dan disudahi tandukan ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin (m-57).

Tags: , , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News