Saturday, 18/01/2020


Johor FC 1-2 Kedah

Published on May 22, 2010 by   ·   No Comments

JOHOR FC gagal menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri apabila tewas 1-2 kepada Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam tadi. (LIHAT VIDEO)

Pada perlawanan tersebut, pasukan pelawat hampir menjaringkan gol sulung perlawanan pada minit kedua, namun sepakan kencang Baddrol Bakhtiar hanya singgah di palang gol.

Skuad Kenari memperoleh gol pertamanya apabila pemain pertahanan tuan rumah, Mohd Hamzani Omar tertampan bola ke gawang sendiri, yang berpunca daripada sepakan lintang Mohd Faizal Abu Bakar.

Skuad Lebah dilihat lebih banyak mengasak ke kubu pertahanan lawan hingga menyebabkan penjaga gol Kedah, Abd Hadi Abd Hamid mengalami kecederaan pada minit ke-24, sebelum diganti dengan penjaga gol simpanan Muhd. Hafiz Hamzah.

Pada separuh masa kedua, Johor FC menukarkan penjaga gol G Jeevanatham kepada penjaga gol simpanan, Mohd Fazli Paat.

Anak buah Ramlan Rashid, yang terdesak untuk memburu gol, menggandakan asakan, namun percubaan Mohd Ezaidy Mohd Khadar pada minit ke-52, berjaya ditangkap kemas oleh Muhd Hafiz.

Mohd Khyril Muhymeen terus mengukuhkan kedudukan Kedah, apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-63.

Walaupun mendahului, anak buah Ahmad Yusof terus melancarkan serangan ke kubu lawan, namun kecekapan Mohd Fazli berjaya mematahkan setiap serangan.

Johor FC memperoleh gol tunggal hasil jaringan Mohd Azuwad Arip pada minit ke-87.




coded by nessus

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Latest News