Wednesday, 02/12/2020


Dollah kecewa Pahang gagal kutip 3 mata

Published on January 28, 2010 by   ·   No Comments

JURULATIH Pahang, Dollah Salleh tetap menyuarakan rasa kecewa di sebalik keputusan seri 1-1 ketika menentang Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super di gelanggang lawan, malam kelmarin.

“Saya sudah mengarahkan mereka supaya tidak mengamalkan permainan bertahan terutama separuh masa kedua tetapi mereka tidak mahu mendengar,” katanya.

Dollah berkata, sepatutnya pemain perlu berusaha untuk menambah jaringan bagi mengukuhkan lagi kedudukan tetapi mereka gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Sementara itu, Dollah memuji komitmen dipamerkan penyerangnya, Mohd Azamuddin Akil yang banyak membantu mengukuhkan jentera tengah dan pertahanan.

— Berita Harian




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News