Barisan depan N.Sembilan masih tumpul

January 28th 2010 | Posted by admin


JURULATIH Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan menyifatkan kemenangan 2-1 ke atas Terengganu dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam semalam sebagai detik kebangkitan skuad bimbingannya selepas aksi kurang memberangsangkan dalam tiga perlawanan awal.

Begitupun, beliau tidak dapat menyembunyikan rasa bimbang berikutan banyak peluang gagal disempurnakan barisan depan diterajui Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak dan Norizam Salaman, terutama pada separuh masa pertama.

Untuk rekod, Negeri Sembilan memperoleh kemenangan dalam perlawanan berkenaan hasil jaringan sendiri pemain Terengganu, Joseph Kallang Tie di minit-minit akhir perlawanan.

“Saya berharap kelemahan ini dapat diperbaiki dalam perlawanan berikut untuk mengekalkan kemenangan,” katanya.

Dalam pada itu jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berkata, hilang fokus pada saat terakhir perlawanan ditakrif sebagai punca kekalahan Terengganu kepada Negeri Sembilan.

Beliau mengakui terkilan dengan kekalahan 1-2 itu ketika yakin Terengganu mampu membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.

“Pemain saya hilang tumpuan pada saat-saat akhir perlawanan hingga membolehkan pihak lawan mengambil kesempatan menghukum kesilapan kami.

“Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan persembahan mereka kerana ini baru perlawanan keenam dan kita ada 20 perlawanan lagi. Apa yang penting usaha ditingkatkan lagi memastikan misi berada dalam kelompok tiga teratas liga tercapai,” katanya.

Related Posts

Kelantan Juara Liga Super 2011

NORSHAHRUL Idlan Talaha muncul wira Red Warriors selepas membantu Kelantan muncul Juara Liga Super 2011 buat kali pertama, sebentar tadi. Skuad bimbingan Datuk M. Karathu itu dinobat sebagai juara musim ini selepas menundukkan Sabah dengan keputusan 2-1 di Stadium Likas. [LIHAT VIDEO] Lebih manis kejuaraan semalam juga membolehkan [...]

Perlawanan Liga Super 2011 kekal pada Sabtu, Selasa

Majoriti pasukan pilih perlawanan waktu malam PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hari perlawanan Liga Super musim depan pada setiap Selasa dan Sabtu manakala bagi saingan Liga Perdana turut kekal pada setiap Isnin dan Jumaat. Waktu perlawanan turut kekal pada sebelah malam sebagaimana kebiasaan apabila majoriti [...]

Liga M, Piala Sumbangsih pada 15 Januari 2011

MUSIM baru Liga Malaysia 2011 akan bermula pada 15 Januari termasuk aksi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih pada tarikh sama antara Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan dan Juara Liga Super musim ini, Selangor di Stadium Shah Alam. Seperti musim ini, 14 pasukan akan berentap untuk merebut kejuaraan Liga Super manakala 12 [...]

Kelate.net, theredwarriors.com top laman web bola sepak di Malaysia

PENYOKONG bola sepak negeri Kelantan sekali lagi membuktikan mereka bukan sahaja mewarnai kemeriahan bola sepak tempatan dengan memenuhi gelanggang keramat mereka, Stadium Sultan Mohd Ke-IV tetapi turut menjadi nadi pengunjung paling ramai di internet. Buktinya, dua laman web pasukan dan penyokong The Red Warriors iaitu www.theredwarriors.com [...]

16 pasukan bersaing Liga Super 2011?

SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) 2011 yang akan bermula 1 Januari tahun depan menyaksikan untuk musim ketiga berturut-turut tanpa kelibat pemain import, bakal menyaksikan dua opsyen sama ada 14 atau 16 pasukan bertanding bagi Liga Super. Bagi opsyen menjadikannya 16 pasukan, maka ia merangkumi 12 pasukan teratas Liga Super musim ini, dua pasukan [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.