75 minit aksi, 5 gol lonjak Surendren dahului penjaring Liga Super

January 21st 2010 | Posted by admin


BUKAN penyerang dalam kesebelasan utama. Hanya beraksi selama 75 minit dalam empat perlawanan Liga Super. Namun R Surendren menewaskan lain-lain penyerang handalan untuk mendahului senarai penjaring gol Liga Super setakat ini.

Penyerang Selangor yang hanya dimasukkan sebagai pemain gantian dalam aksi Liga Super itu sudah menjaringkan lima gol, satu mengatasi penyerang Kedah, Azlan Ismail untuk melonjak namanya selaku peledak yang perlu diberi perhatian pasukan lawan.

Apa yang lebih bermakna semua gol dihasilkannya hadir pada waktu yang sangat diperlukan.

Selangor ketinggalan 0-1 ketika perlawanan berbaki 16 minit dalam aksi pembukaan menentang Negeri Sembilan sebelum Mohd Safee Sali menyamakan kedudukan buat Red Giants hasil umpanan daripada Surendren.

Surendren akhirnya muncul wira apabila beliau sendiri menjaring gol kemenangan Selangor ketika permainan berbaki tujuh minit untuk ditamatkan.

Aksi ‘Lembah Klang’ menentang Kuala Lumpur turut menampilkan persembahan cemerlang Surendren.

Kemasukannya di babak kedua ketika Selangor mendahului Kuala Lumpur 2-1 tidak sia-sia apabila beliau menjaringkan dua gol pada minit ke-79 dan 89 untuk mengesahkan kemenangan 4-1 pasukan Merah Kuning.

Dalam aksi menentang KL Plus, Surendren tidak menjaringkan gol namun dia membantu Hardi Jaafar menghasilkan gol tunggal kemenangan Selangor minit ke-67.

Menentang Pahang di Stadium Shah Alam, kelmarin melonjakkan Surendren selaku penggempur paling berbisa setakat ini. Dua gol jaringannya membantu Selangor membenam pasukan ‘Tok Gajah’ 4-1.

Sabtu ini, kelibat Surendren sekali lagi baka menjadi tumpuan apabila dua pasukan teratas Liga Super, Selangor dan Terengganu berentap di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Apa yang nyata, dengan 12 mata yang dipungut, Selangor pasti tidak mampu dicabar untuk kekal menerajui Liga Super, sama ada menang atau tewas di Kuala Terengganu.

Related Posts

Norshahrul Idlan kekal status Pemain Paling Bernilai 2011

Norshahrul dianugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh NORSHAHRUL Idlan Talaha mengekalkan gelaran Pemain Paling Bernilai Supermokh dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011 yang diadakan di hotel Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam tengah hari tadi. Penyerang Kelantan yang menjaringkan 19 gol dalam kempen [...]

Khairul Fahmi calon pilihan

SEIRING dengan slogan 100- PLUS, Outdo Yourself, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat berjaya membuktikan bahawa dia sememangnya calon paling layak untuk merangkul anugerah Pemain Muda Terbaik 2010. Namun, keputusan pemenang bagi kategori itu serta beberapa kategori lain hanya akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan [...]

Norshahrul wira Red Warriors

KELANTAN sekali lagi berjaya mengulangi pencapaian terbaiknya dalam tempoh 40 tahun apabila layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut setelah menunjukkan jalan keluar buat Kedah hasil kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi. Tahun lalu, Kelantan [...]

Akmal Rizal wira Kelantan benam Selangor

AKMAL Rizal Rakhli membuktikan dirinya tetap berbisa apabila muncul wira dengan menjaringkan satu gol dan mencipta satu lagi untuk menjulang Kelantan muncul pasukan pertama mara ke separuh akhir Piala Malaysia dengan kemenangan 3-0 ke atas Selangor di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam tadi. Terikat tanpa jaringan di Stadium Shah Alam dalam suku [...]

Syed Adney sedia galas harapan

PENJAGA gol Kelantan, Syed Adney Syed Hussain bersedia meneruskan aksi cemerlangnya pada pertarungan menentang KL Plus dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam ini. Keyakinan tersebut diluah Syed Adney selepas dia mendapat semula sentuhan kemas dalam dua perlawanan terdahulu. Menurutnya, peluang yang [...]

2 Responses to “75 minit aksi, 5 gol lonjak Surendren dahului penjaring Liga Super”

commenter

selangor tetap meneruskan rentak konsistennya dlm setiap perlawanan…….

commenter

Selangor ttp akan jadi igauan setiap pasukan musim ini..

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.