4 gol benam Johor lonjak nama Ashaari Shamsuddin

April 21st 2010 | Posted by admin


Mohd Ashaari Shamsuddin

Mohd Ashaari Shamsuddin

PERSAINGAN sengit kedudukan Liga Super ketika ini berterusan ke gelanggang apabila barisan penggempur terbaik turut bersaing hebat untuk dinobat sebagai penjaring terbanyak Liga Super.

Jika tiga pasukan, Selangor, Terengganu dan Kelantan dipisahkan hanya beberapa mata daripada kedudukan dalam carta liga, begitu juga barisan penyerang tiga pasukan berkenaan turut bersaing sengit melonjak nama selaku mesin gol terbaik dalam kancah bola sepak tempatan.

Apa yang pasti sumbangan empat gol ketika membantu Terengganu membelasah Johor di Larkin malam tadi terus melonjak nama Mohd Ashaari Shamsuddin untuk memintas kedudukan teratas senarai penjaring terbanyak Liga Super ketika ini.

Begitu juga penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha melonjak naik ke tangga kelima selepas menyumbat dua gol dalam aksi menentang Kuala Lumpur di Kota Bharu malam tadi.

Namun dengan musim yang kini baru memasuki peringkat pertengahan, sudah tentu persaingan gelaran penjaring terbanyak akan semakin sengit dengan jaringan-jaringan berkualiti daripada barisan peledak berbisa setiap pasukan bertanding.

SENARAI LENGKAP PENJARING GOL LIGA SUPER 2010

Related Posts

Norshahrul Idlan kekal status Pemain Paling Bernilai 2011

Norshahrul dianugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh NORSHAHRUL Idlan Talaha mengekalkan gelaran Pemain Paling Bernilai Supermokh dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011 yang diadakan di hotel Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam tengah hari tadi. Penyerang Kelantan yang menjaringkan 19 gol dalam kempen [...]

Khairul Fahmi calon pilihan

SEIRING dengan slogan 100- PLUS, Outdo Yourself, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat berjaya membuktikan bahawa dia sememangnya calon paling layak untuk merangkul anugerah Pemain Muda Terbaik 2010. Namun, keputusan pemenang bagi kategori itu serta beberapa kategori lain hanya akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan [...]

Norshahrul wira Red Warriors

KELANTAN sekali lagi berjaya mengulangi pencapaian terbaiknya dalam tempoh 40 tahun apabila layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut setelah menunjukkan jalan keluar buat Kedah hasil kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi. Tahun lalu, Kelantan [...]

Akmal Rizal wira Kelantan benam Selangor

AKMAL Rizal Rakhli membuktikan dirinya tetap berbisa apabila muncul wira dengan menjaringkan satu gol dan mencipta satu lagi untuk menjulang Kelantan muncul pasukan pertama mara ke separuh akhir Piala Malaysia dengan kemenangan 3-0 ke atas Selangor di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam tadi. Terikat tanpa jaringan di Stadium Shah Alam dalam suku [...]

Syed Adney sedia galas harapan

PENJAGA gol Kelantan, Syed Adney Syed Hussain bersedia meneruskan aksi cemerlangnya pada pertarungan menentang KL Plus dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam ini. Keyakinan tersebut diluah Syed Adney selepas dia mendapat semula sentuhan kemas dalam dua perlawanan terdahulu. Menurutnya, peluang yang [...]

One Response to “4 gol benam Johor lonjak nama Ashaari Shamsuddin”

Cenyum c0km0 X) | June 2nd, 2010 at 4:27 pm
commenter

Ashaari shamsuddin terbaek…dedahkn lg pmain ini k pringkat yg lbih tnggi…InsyaAllah,,stu ari 6t ashaari akn mnjadi pnyerang yg dsegani…

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.