16 pasukan bersaing Liga Super 2011?

October 5th 2010 | Posted by admin


SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) 2011 yang akan bermula 1 Januari tahun depan menyaksikan untuk musim ketiga berturut-turut tanpa kelibat pemain import, bakal menyaksikan dua opsyen sama ada 14 atau 16 pasukan bertanding bagi Liga Super.

Bagi opsyen menjadikannya 16 pasukan, maka ia merangkumi 12 pasukan teratas Liga Super musim ini, dua pasukan teratas Liga Perdana (Felda United dan Sabah), skuad bawah 21 tahun negara (Harimau Muda A) dan satu pasukan yang akan dipilih menerusi perlawanan playoff.

Namun, jika salah satu daripada 14 pasukan yang sudah layak secara automatik itu menarik diri sebaik tarikh tutup pendaftaran pasukan pada 1 November depan, FAM memutuskan untuk tidak mengadakan perlawanan playoff, sebaliknya Harimau Muda A akan diambil menjadi pasukan ke-14 untuk bersaing dalam saingan Liga Super 2011.

Mengenai isu pemain import, Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, keputusan muktamad berhubung pengambilan semula pemain import bagi musim 2012 hanya akan dibuat tahun depan.

“Isu import ini kita akan putuskan semula tahun depan kerana terdapat perkara baru yang perlu dikaji dan kita berpendapat isu tunggakan caruman KWSP pemain perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“FAM memang berusaha menaikkan semula mutu liga dan pasukan bertanding tetapi bukan hanya dengan pengambilan semula pemain import secara terburu-buru. Kita perlu betulkan dulu struktur liga dan pasukan.

“Kita tak mahu pisang berbuah dua kali. Kita mahu mulakan Liga M 2012 dengan lebih tersusun supaya ia benar-benar membawa bola sepak negara ke mercu kejayaan,” katanya pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Sementara itu seorang lagi Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan rundingan bersama penaja Liga Malaysia, Telekom Malaysia (TM) yang kontraknya akan tamat pada 31 Disember hujung tahun berada di peringkat rundingan.

‘‘Selain TM, kami sedang memperincikan penaja-penaja baru yang berminat, antara aspek baru yang akan diubah mengenai pendekatan jersi dan ruang iklan,” jelasnya.

Related Posts

Kelantan Juara Liga Super 2011

NORSHAHRUL Idlan Talaha muncul wira Red Warriors selepas membantu Kelantan muncul Juara Liga Super 2011 buat kali pertama, sebentar tadi. Skuad bimbingan Datuk M. Karathu itu dinobat sebagai juara musim ini selepas menundukkan Sabah dengan keputusan 2-1 di Stadium Likas. [LIHAT VIDEO] Lebih manis kejuaraan semalam juga membolehkan [...]

Perlawanan Liga Super 2011 kekal pada Sabtu, Selasa

Majoriti pasukan pilih perlawanan waktu malam PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hari perlawanan Liga Super musim depan pada setiap Selasa dan Sabtu manakala bagi saingan Liga Perdana turut kekal pada setiap Isnin dan Jumaat. Waktu perlawanan turut kekal pada sebelah malam sebagaimana kebiasaan apabila majoriti [...]

Liga M, Piala Sumbangsih pada 15 Januari 2011

MUSIM baru Liga Malaysia 2011 akan bermula pada 15 Januari termasuk aksi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih pada tarikh sama antara Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan dan Juara Liga Super musim ini, Selangor di Stadium Shah Alam. Seperti musim ini, 14 pasukan akan berentap untuk merebut kejuaraan Liga Super manakala 12 [...]

Kelate.net, theredwarriors.com top laman web bola sepak di Malaysia

PENYOKONG bola sepak negeri Kelantan sekali lagi membuktikan mereka bukan sahaja mewarnai kemeriahan bola sepak tempatan dengan memenuhi gelanggang keramat mereka, Stadium Sultan Mohd Ke-IV tetapi turut menjadi nadi pengunjung paling ramai di internet. Buktinya, dua laman web pasukan dan penyokong The Red Warriors iaitu www.theredwarriors.com [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.