Thursday, 04/03/2021


USM baiki kelemahan hadapi Pos Malaysia

Published on January 8, 2010 by   ·   No Comments

“SAYA akui kami masih mencari-cari laluan terbaik menjelang pertemuan pertama dengan Pos Malaysia pada saingan Liga Perdana, Isnin depan,” kata jurulatih Universiti Sains Malaysia (USM), S Veloo.

Bagi Veloo, kemantapan pasukan perlu diutamakan kerana majoriti anak didiknya tidak memiliki pengalaman mengharungi Liga M kecuali Piala FAM.

“Sebab itulah saya utamakan keserasian di antara mereka di samping memantapkan lagi jentera serangan,” katanya.

Pada Liga Piala FAM, USM menduduki tempat ketiga. Mereka telah mengadakan empat perlawanan persahabatan menentang Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Perlis dalam usaha menguji kekuatan dan kemantapan jentera.

“Memanglah kami tidak menang dalam empat perlawanan ujian itu tetapi yang penting, kami sudah mengenalpasti kelemahan yang ada,” katanya.

USM menentang empat pasukan Liga Super yang jauh lebih hebat tetapi persembahan pemain USM tidaklah seteruk mana.

“Saya tidak pentingkan keputusan perlawanan tetapi lebih kepada keserasian pemain disamping mengukuhkan jentera pertahanan, tengah dan serangan,”katanya.

Selepas bertemu Pos Malaysia, USM akan ke Paroi, Seremban untuk menentang Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada 15 Januari.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News