Wednesday, 28/06/2017


Shahzan Muda terus kempunan mata penuh

Published on January 16, 2010 by   ·   No Comments

SHAHZAN Muda terpaksa bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengikat Tentera 1-1 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.

SELEPAS dibelasah Melaka 3-0 pada aksi pembukaan liga Isnin lepas, Shahzan Muda gagal memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri.

Sebaliknya pasukan pelawat berjaya mendahului menerusi penyerang baru, V Saravanan yang merembat hantaran silang dalam kotak penalti pada minit ke-15.

Usaha tuan rumah untuk menyamakan kedudukan hanya berhasil enam minit sebelum perlawanan babak pertama berakhir.

Daripada satu tendangan sudut dari arah kanan pintu gol ATM, Mohd Supian Heri bijak menanduk masuk bola tinggi dalam kotak penalti yang melepasi jangkauan penjaga gawang pasukan pelawat.

Biar pun menguasai permainan babak kedua, usaha tuan rumah untuk memburu gol kemenangan tidak kesampaian sehinggalah pengadil meniupkan wisel penamat.

Keputusan perlawanan itu menyaksikan Shahzan Muda kekal terperosok di bawah liga dengan hanya memungut satu mata selepas dua perlawanan diharungi.

Selain Shahzan Muda, tiga lagi pasukan iaitu Sabah, Sarawak dan Majlis Perbandaran Muar turut memungut jumlah mata yang sama, hanya perbezaan gol memisahkan kedudukan keempat-empat pasukan terbabit.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News