Wednesday, 28/06/2017


Shahzan Muda tersingkir, Felda menang tipis

Published on June 1, 2010 by   ·   1 Comment

FELDA United terus kekal di tangga teratas Liga Perdana selepas menewaskan Shahzan Muda 1-0 di Stadium Darulmakmur, Kuantan, malam tadi yang turut menyaksikan PKNS Selangor mengekori rapat selepas menewaskan Polis 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Jaringan tunggal Khairul Izwan Khalid pada minit ke-5 permainan sudah cukup untuk membolehkan skuad Felda bimbingan E Elavarasan mengutip mata penuh bagi jumlah 43.

Keputusan ini juga menyebabkan Shahzan Muda menjadi pasukan pertama tersingkir dari saingan Liga Perdana pada musim depan dan bakal beraksi pada saingan Piala FAM.

PKNS bimbingan Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan kemenangan menerusi jaringan hatrik Mohd Zamri Hassan pada minit ke-50, 70 dan 86 manakala satu lagi gol disumbangkan Christine Jaya Seelan pada minit ke-60.

Jaringan hatrik G Puneswaran pada minit ke-26, 37 dan 80 membolehkan Pos Malaysia menewaskan Harimau Muda 3-2 di Stadium Hang Tuah. Dua gol anak buah Ong Kim Swee hadir menerusi D Saarvindran pada minit ke-43 dan 70.

Dalam perlawanan lain, Tentera menewaskan Melaka 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

–Berita Harian

Tags: , ,

Readers Comments (1)




Latest News