Tuesday, 21/09/2021


Sabah garang benam Shahzan Muda

Published on May 25, 2010 by   ·   No Comments

SABAH terus memberi tekanan ke atas pendahulu Liga Perdana, Felda United apabila mencatat kemenangan 4-0 mengatasi Shahzan Muda di Stadium Likas malam tadi.

Keputusan itu sekali gus memberikan peluang terbaik buat Sabah untuk memintas Felda yang sekadar seri 1-1 ketika beraksi menentang PDRM.

Tambahan pula Sabah yang hanya ketinggalan dua mata di belakang Felda, masih berbaki satu perlawanan dalam tangan.

Dalam aksi di gelanggang sendiri malam tadi, Bobby Gonzales cemerlang dengan dua gol pertama Sabah, pada minit ke-13 dan minit ke-52.

Gol ketiga dijaringkan oleh Mohd Fared Ideris minit ke-67, sebelum Razlan Otoh melengkapkan kemenangan bergaya Sabah minit ke-79.

Kemenangan tersebut membolehkan Sabah kekal di tangga ketiga dengan 38 mata.

Jiran Sabah, Sarawak turut menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri di Stadium Sarawak, Kuching dengan sebaiknya apabila menumpaskan Majlis Perbandaran Muar 2-1.

USM yang beraksi di Stadium Olahraga USM berjaya mencuri satu mata setelah seri 1-1 dengan ATM.

Perlawanan di Stadium Hang Tuah, menyaksikan pasukan tuan rumah Melaka diratah Harimau Muda 5-3.




coded by nessus

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Latest News