Saturday, 25/11/2017


Sabah atasi Sarawak 2-1

Published on July 9, 2010 by   ·   No Comments

SABAH mencerahkan peluang untuk mencabar dua pasukan teratas liga selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas pasukan jiran, Sarawak dalam aksi Liga Perdana di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam ini.

Keputusan itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan Sabah yang kini berada di tangga ketiga Liga Perdana, sekalipun jika PKNS FC tewas kepada Felda dalam satu lagi aksi yang masih berlangsung ketika laporan ini ditulis.

Bagaimanapun Sabah mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan berbanding dua pasukan teratas dan kini mengintai peluang untuk memintas PKNS atau Felda United jika menang perlawanan berkenaan.

Sabah mengumpul 42 mata selepas mengharungi 19 perlawanan. [LIHAT CARTA TERKINI]




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News