Saturday, 18/01/2020


Pos Malaysia cipta kejutan ke atas Melaka

Published on January 16, 2010 by   ·   No Comments

PASUKAN yang baru beraksi di pentas Liga Perdana, POS Malaysia mencipta kejutan apabila menundukkan pendahulu liga, Melaka 2-0 dalam aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi.

Melayani kunjungan bekas pasukan Liga Super itu, Pos Malaysia tidak menunggu lama untuk membuka jaringan apabila Mohd Khairul Zal Azmi bertindak pantas ketika berlaku kekalutan depan pintu gol pelawat pada minit ke-13 selepas bola terlebih dahulu terkena tiang gol.

Bagaimana pun usaha tuan rumah untuk menambah jaringan selepas itu gagal dan perlawanan babak pertama berakhir dengan 1-0 memihak Pos Malaysia.

Di babak kedua, Pos Malaysia terus memperkemaskan jentera serangan mereka untuk memburu gol namun gagal menghasilkan sebarang jaringan.

Bagaimana pun enam minit sebelum tamat perlawanan, tuan rumah terus menambah derita pasukan pelawat apabila rembatan Mohd Hanifuddin Abdul Rahman dari luar kotak penalti berjaya menggegar gawang Melaka untuk keputusan muktamad perlawanan 2-0 berpihak kepada Pos Malaysia.

Kemenangan berkenaan sekali gus menebus kehampaan pasukan itu yang tewas kepada satu lagi pendatang baru Liga Perdana, USM FC dalam aksi pembukaan Isnin lepas.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News