Wednesday, 28/06/2017


Sabah kembali ke Liga Super

Published on July 23, 2010 by   ·   No Comments

GOL tunggal Farid Idris pada minit kelima bukan saja memberikan kemenangan berharga buat Sabah untuk mengatasi Pos Malaysia 1-0, malah memastikan pasukan Borneo itu kembali beraksi ke Liga Super bagi musim depan.

Kemenangan itu membolehkan Sabah memintas pasukan PKNS FC untuk menduduki tangga kedua Liga Perdana di belakang Felda United dengan 48 mata sekaligus menamatkan penantian enam tahun untuk kembali beraksi di liga tertinggi bola sepak Malaysia.

PKNS gagal merebut peluang terbaik untuk beraksi di Liga Super apabila tumpas 1-2 kepada Harimau Muda di gelanggang sendiri yang menyaksikan pasukan kelab dari Selangor itu sekadar berpuashati menamatkan saingan musim ini di tangga ketiga liga.

Felda United yang seri tanpa jaringan dengan ATM malam ini, muncul juara Liga Perdana 2010 dengan mengumpul 50 mata.

Perlawanan menyaksikan PDRM membelasah MP Muar 8-0, Sarawak menundukkan Melaka 6-1 dan USM menang 4-1 ke atas Shahzan Muda.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News