PKNS 5-1 Melaka

May 22nd 2010 | Posted by admin


SELANGOR PKNS kembali memberi saingan untuk merebut posisi terbaik kedudukan Liga Perdana selepas membelasah Melaka 5-1 dalam aksi di Kelana Jaya malam tadi.

Tuan rumah bagaimana pun dikejutkan oleh gol pembukaan pasukan Melaka menerusi jaringan Rafie Katin pada minit ke-30.

Namun gol itu tidak bertahan lama apabila PKNS berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mohd Alafi Mahmud seminit kemudian. Kedudukan 1-1 kekal sehingga berakhir tempoh 45 minit pertama.

Memasuki babak kedua, tuan rumah terus menggandakan asakan, hasilnya dua jaringan diperolehi menerusi Mohd Fitri Omar pada minit ke-62 dan Mohd Zamri Hassan tujuh minit selepas itu.

Dua Jaringan P Rajesh kemudiannya melengkapkan kemenangan bergaya PKNS untuk mengumpul 36 mata selepas mengharungi 17 perlawanan.

Kedudukan PKNS di tangga kedua bagaimana pun masih belum selamat kerana pasukan Sabah tidak beraksi malam tadi.

Related Posts

Perlawanan Liga Super 2011 kekal pada Sabtu, Selasa

Majoriti pasukan pilih perlawanan waktu malam PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hari perlawanan Liga Super musim depan pada setiap Selasa dan Sabtu manakala bagi saingan Liga Perdana turut kekal pada setiap Isnin dan Jumaat. Waktu perlawanan turut kekal pada sebelah malam sebagaimana kebiasaan apabila majoriti [...]

Liga M, Piala Sumbangsih pada 15 Januari 2011

MUSIM baru Liga Malaysia 2011 akan bermula pada 15 Januari termasuk aksi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih pada tarikh sama antara Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan dan Juara Liga Super musim ini, Selangor di Stadium Shah Alam. Seperti musim ini, 14 pasukan akan berentap untuk merebut kejuaraan Liga Super manakala 12 [...]

Melaka, Shahzan Muda tersingkir ke Liga FAM

DUA pasukan tercorot Liga Perdana, Melaka dan Shahzan Muda tersingkir dari saingan Liga Perdana musim depan dan bakal beraksi di Liga FAM selepas menamatkan saingan di tangga ke-11 dan 12. Dalam perlawanan terakhir musim 2010 malam ini, Melaka diaibkan Sarawak 1-6 di gelanggang sendiri, manakala Shahzan Muda dibelasah 1-4 oleh USM FC di Stadium [...]

Sabah kembali ke Liga Super

GOL tunggal Farid Idris pada minit kelima bukan saja memberikan kemenangan berharga buat Sabah untuk mengatasi Pos Malaysia 1-0, malah memastikan pasukan Borneo itu kembali beraksi ke Liga Super bagi musim depan. Kemenangan itu membolehkan Sabah memintas pasukan PKNS FC untuk menduduki tangga kedua Liga Perdana di belakang Felda United dengan [...]

Felda United Juara Liga Perdana 2010

FELDA United mengesahkan kejuaraan Liga Perdana 2010 lebih awal ketika saingan tersebut masih berbaki satu perlawanan selepas menewaskan Harimau Muda 1-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka, malam ini. Keputusan itu meletakkan Felda United memungut 49 mata, empat mata mengatasi pencabar terdekat, PKNS dan Sabah dan tidak mampu lagi digugat oleh [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.