Wednesday, 28/06/2017


Perlawanan Liga Super 2011 kekal pada Sabtu, Selasa

Published on November 27, 2010 by   ·   No Comments

Majoriti pasukan pilih perlawanan waktu malam

Liga Super 2011PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hari perlawanan Liga Super musim depan pada setiap Selasa dan Sabtu manakala bagi saingan Liga Perdana turut kekal pada setiap Isnin dan Jumaat.

Waktu perlawanan turut kekal pada sebelah malam sebagaimana kebiasaan apabila majoriti pasukan yang bertanding memilih untuk mengadakan perlawanan pada waktu malam berbanding pada siang hari yang mungkin memberi kesan kepada kehadiran penonton ke stadium.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan perkara berkenaan selepas mempengerusikan mesyuarat semalam.

Tarikh tutup bagi pendaftaran pemain untuk Liga Super dan Liga Perdana pula ialah pada 15 Disember ini.

Sebelum ini FAM membuat cadangan untuk menukar hari perlawanan Liga Super atas alasan pertembungan dengan jadual Liga Perdana Inggeris pada Sabtu dan di samping memberi kelonggaran kepada mana-mana pasukan yang berhasrat untuk mengadakan perlawanan liga pada waktu siang.

“Mesyuarat hari ini (semalam) juga telah memutuskan tarikh tutup bagi pendaftaran pemain untuk Liga Super dan Liga Perdana ialah pada 15 Disember ini dan semua pasukan telah memberi persetujuan untuk beraksi pada sebelah malam bagi saingan Liga Malaysia musim depan.

“Hari perlawanan Liga Super, tahun depan, masih dikekalkan pada hari Selasa dan Sabtu, manakala, Liga Perdana dan Piala FA pada Isnin dan Jumaat, sementara, Piala Presiden pula diadakan hari Khamis.

“Kami juga telah memutuskan taklimat pengurus dan jurulatih bagi musim 2011 akan diadakan pada 22 Disember ini pukul 10 pagi, manakala, jadual pertandingan bagi saingan musim baru masih dalam proses pengesahan sebelum dibawa kepada Jawatankuasa Eksekutif FAM,” jelas Hamidin.




coded by nessus

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Latest News