Saturday, 18/01/2020


PDRM seri kali ketiga berturut-turut

Published on January 18, 2010 by   ·   No Comments

PDRM mencatat keputusan seri kali ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Perdana apabila mengikat tuan rumah, Melaka 2-2 di Stadium Hang Tuah petang tadi.

Beraksi di gelanggang sendiri, Melaka sebaliknya yang lebih tertekan di awal saingan apabila jentera serangan PDRM membuat beberapa percubaan ke kubu tuan rumah.

Hasilnya pada minit ke-15 gawang tuan rumah bocor menerusi percubaan Eddy Gapil dari dalam kotak penalti untuk gol pertama perlawanan.

Usaha tuan rumah untuk memburu gol penyamaan hanya berhasil tiga minit sebelum babak pertama berakhir menerusi K Depan Sakwati, selepas menolak mudah hantaran Rafi Katim.

Sebaik babak kedua bermula, Melaka tangkas mencuri peluang untuk berada di depan apabila Rafi meledakkan jaringan pada minit ke-46.

PDRM yang ketinggalan 1-2 ketika itu memperkemaskan jentera serangan dan mengasak bertubi-tubi ke gawang gol tuan rumah, bagaimanapun gagal menewaskan penjaga gol Muhammad Asil Syafiq Sharifodin.

Bagaimanapun, impian PDRM untuk meledakkan jaringan berhasil pada minit ke-75 menerusi jaringan S Harivarman.

Pada aksi pembukaan minggu lalu, PDRM terikat tanpa jaringan dengan Sarawak di Kuching. Pada aksi kedua PDRM sekali lagi diikat dengan keputusan seri tanpa jaringan oleh USM FC.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News